View: 35498|Reply: 3
|
[Tempatan]
KJ mendedahkan Majlis Sukan Negara (MSN) pernah menerima sumbangan daripada syarikat perjudian, Sports Toto ketika dia menjadi Menteri Belia dan Sukan.
[Copy link]
|
|
Khairy Jamaluddin mendedahkan Majlis Sukan Negara (MSN) pernah menerima sumbangan daripada syarikat perjudian, Sports Toto ketika dia menjadi Menteri Belia dan Sukan.
Khairy mendedahkan perkara itu dalam episod podcast Keluar Sekejap, yang membincangkan kontroversi penglibatan syarikat minuman keras dalam kutipan dana bagi sekolah Cina.
Menurutnya, walaupun sumbangan Sports Toto itu direkod dalam penyata kewangan syarikat, tiada acara penyerahan sumbangan rasmi dibuat.
"Dalam penyata kewangan Berjaya Sports Toto ada ditulis, tapi tak pernahlah ada majlis pemberian cek sumbangan.
"Tapi memang kita terima dan ia untuk tujuan kesihatan, juga untuk sukan. MSN ini melibatkan semua atlet Malaysia," katanya dalam podcast yang turut dihoskan oleh bekas ketua penerangan Umno Shahril Hamdan.
Nama Berjaya Sports Toto Berhad ditukar kepada Sports Toto Berhad pada 2022. MSN adalah agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan.
Terdahulu, penglibatan Tiger Beer dalam acara persembahan kutipan dana SJK © Tche Min di Sungai Pelek, Selangor mengundang kritikan.
Timbalan Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan Aiman Athirah turut dikritik apabila gambarnya di acara itu, bersama-sama replika cek yang memaparkan logo jenama arak tersebut dimuat naik di media sosial.
Susulan itu, Kementerian Pendidikan menjelaskan garis panduan sedia ada yang melarang sekolah menerima sumbangan daripada hasil tembakau, dadah, judi dan alkohol.
Namun, kementerian itu berkata pihaknya memberi pertimbangan kepada sekolah vernakular untuk menerima sumbangan melalui Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) dan yayasan, seperti yang telah diamalkan sebelum ini.
'Sekolah tiada pilihan'
Khairy berkata dana yang diterima MSN digunakan untuk menyokong inisiatif kesihatan dan program sukan untuk atlet negara.
Bekas menteri kesihatan itu juga setuju promosi secara terbuka oleh syarikat alkohol, judi dan tembakau harus dilarang di sekolah atas faktor kesihatan awam.
Namun dia mengakui cabaran yang dihadapi sekolah yang tidak mendapat bantuan penuh daripada kerajaan, yang sering bergelut untuk membina infrastruktur seperi dewan perhimpunan.
"Untuk membina dewan, (pihak sekolah) takkan dapat duit daripada kerajaan, kena dapatkan duit daripada orang ramai.
"Sekolah ini tak ada pilihan," katanya lagi.
Justeru, dia menggesa garis panduan yang lebih jelas dikeluarkan berhubung sumbangan swasta kepada sekolah, terutama daripada industri yang boleh mengundang kontroversi.
"Adakah semua sumbangan hasil daripada kegiataan perniagaan seperti penjualan arak dan rokok tak dibenarkan, ataupun (hanya) tak dibenarkan untuk dipamerkan?" soalnya lagi. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Alahai... nak jadi gatekeeper konon. Macam lah suci murni sesangat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nusaraya at 1-8-2024 08:02 AM
Sudahlah .. Buat apa masih pura-pura menjadi orang suchi terkait wang judi ..... Ingat bahwa selama ini activity judi dan kasino dilegalkan dan menjadi salah satu pendapatan cukai yang cukup significant bagi pihak kerajaan malaysia ..
Jadi X perlulah bersikap munafik dan berpura-pura suchi itu ... akuilah secara jujur bahwa cukai yang didapatkan dari wang judi telah digunakan untuk membeayai banyak hal di Malaysia seperti untuk subsdidi, pendidikan, sukan dan jangan-jangan juga digunakan untuk membangun masjid yang anda gunakan untuk ibadah selama ini ....
Kesimpulannya ... Wang Judi bukanlah wang haram karena activity judi itu ditubuhkan berdasarkan rekomendasi para ulama karena X bertentangan dengan Al Quraan dan Hadits .....Hehehehe
|
|
|
|
|
|
|
| |
|