CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21478|Reply: 6

[Tempatan] Model permotoran berpakaian seksi: Kerajaan Kedah disaran perketat dasar

[Copy link]
Post time 1-8-2024 10:31 AM | Show all posts |Read mode
Model berpakaian seksi: Kerajaan Kedah disaran perketat dasar
Oleh
ROSLINDA HASHIM
31 Julai 2024 04:12pmMasa membaca: 4 minit


Gambar penampilan wanita berpakaian mencolok mata yang tular di media sosial. Gambar kecil: Ahmad


ALOR SETAR - Pas Kedah menyarankan agar kerajaan negeri memperketatkan dasar hiburan dan penganjuran program di negeri ini.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Ahmad Yahaya berkata, sudah tiba masanya suatu dasar atau garis panduan lebih kukuh dibentuk bagi memastikan piawaian dalam setiap penganjuran program yang diadakan.

Menurutnya, ini kerana pihak penganjur masih melanggar peraturan dan ketetapan sedia ada sebagai panduan dalam penganjuran program di negeri ini.

“Sudah beberapa kali insiden sebegini berlaku, seharusnya semua pihak sudah sedia maklum mengenai syarat dan peraturan untuk anjur program di negeri ini.

“Tanggungjawab menjaga etika program agar menuruti syariat dan syarat pihak berkuasa tempatan (PBT) terletak sepenuhnya bawah penganjur. Penganjur hendaklah ambil tanggungjawab jika berlaku sebarang insiden di luar jangka,” katanya di sini pada Rabu.


Ahmad berkata demikian bagi mengulas gambar tular wanita berpakaian mencolok mata dalam sebuah program pemotoran Jerai Scooter 2.0 di Gurun pada Sabtu.

Program dirasmikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor itu dikecam segelintir netizen yang mempersoalkan penampilan wanita seksi khususnya dalam acara terbuka yang dihadiri pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak.

Ahmad yang juga Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP) tegaskan, insiden pemakaian tidak sopan dalam sebuah program terbuka tidak sepatutnya berlaku.

“Tidak ada kompromi bagi sebarang insiden yang melanggar syariat Islam, termasuk peraturan dan ketetapan oleh pihak berkuasa,” ujarnya.

Menurutnya, meskipun pihak penganjur telah membuat permohonan maaf, namun insiden tersebut telah meninggalkan parut mendalam dan mencalar imej negeri ini.


“Semua pihak harus bertanggungjawab untuk pastikan tiada aktiviti bertentangan dengan dasar kerajaan negeri berlaku. Diharap insiden ini menjadi iktibar dan tidak berulang lagi,” katanya.

Dalam pada itu, penganjur Jerai Scooter Day 2.0, membuat permohonan maaf susulan isu tular di laman sosial berkaitan penganjuran program berkenaan.

“Kami kesal atas beberapa perkara yang menimbulkan ketidakpuasan hati dan kegusaran masyarakat akibat penganjuran acara ini.

“Niat kami adalah untuk mengadakan acara yang menggembirakan selain mengeratkan hubungan kalangan peminat skuter, namun kami akui ada aspek perlu diperbaiki,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pihak berkuasa telah menetapkan syarat-syarat dan garis panduan yang perlu dipatuhi sebelum program diadakan namun berlaku perkara di luar kawalan penganjur.

“Kami telah mengambil tindakan dan berusaha memperbaiki kelemahan yang ada. Kami juga akan pastikan semua peraturan dan garis panduan ditetapkan PBT dipatuhi pada penganjuran acara akan datang, selain mengambil kira pandangan dan kebajikan masyarakat setempat,” ujarnya.

Penganjur turut menghargai maklum balas dan teguran daripada semua pihak berkaitan insiden tersebut.

“Kami mohon maaf atas kesulitan yang berlaku, permohonan maaf ini dibuat dengan hati terbuka. Kami mengambil iktibar daripada insiden ini dan akan pastikan penganjuran yang lebih baik pada masa hadapan.

“Kami harap semua pihak memberikan sokongan dan kepercayaan kepada kami untuk penganjuran acara seterusnya,” katanya.

Pada Mac lalu, penganjur Karnival Fiesta Raya Baling 2024 dikenakan tindakan kerana melanggar syarat ditetapkan apabila tular di media sosial aksi selebriti terkenal bersama beberapa lelaki lain menari ala dangdut di atas pentas disaksikan pengunjung karnival.

Sementara di Alor Setar pada Oktober 2022, penganjur festival usahawan muda-mudi turut ditegur berikutan mengadakan konsert mini dengan kehadiran anak muda menari terkinja-kinja di laman parkir Balai Seni berhadapan Masjid Zahir.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2024 11:00 AM | Show all posts
Kena pakai kotak!
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2024 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau art of speed festival buat kat kedah, mati lebai semua tgk pakaian
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2024 12:19 PM | Show all posts
Aloohaaa..

biasalahh walaun.kalau jadi kat negeri lobai automatik salah penganjur,


tapi kalo jadi kat KL,Penang,Selangor,johor.. auto salah pmx!
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2024 12:23 PM | Show all posts
Aneh ... pakaian ketat sexy diharamkan ... tetapi judi dan kasino dihalalkan ...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2024 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaun semua bolehhhhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2024 12:46 AM | Show all posts
Lain kali cakap la semua event dress code: ninja… atau jubah hitam! Barulah gomen syorga!!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.187260 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list