CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30127|Reply: 14

[Tempatan] Malaysia dibidas sertai latihan ketenteraan bersama AS, Israel

[Copy link]
Post time 1-8-2024 06:50 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 1-8-2024 10:51 AM

Malaysia dibidas sertai latihan ketenteraan bersama AS, Israel

https://m.malaysiakini.com/news/713926

Diterbitkan:  Aug 1, 2024 1:43 PM
Dikemaskini: 2:05 PM



Sebuah kumpulan pro-Palestin tampil membidas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kerana mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan maritim antarabangsa (Rimpac), bersama negara seperti Israel dan Amerika Syarikat.

Menurut NGO Gegar Amerika, ini dilakukan di sebalik serangan berterusan Israel ke atas Gaza.

katanya, penyertaan Malaysia dalam latihan perang itu akan meningkatkan "keupayaan genosid" Israel.



“Rimpac bukan sahaja meningkatkan keupayaan genosid rejim Zionis, ia juga menyumbang kepada pendudukan kolonial di Pasifik oleh kuasa Barat.

“Ia juga mengancam mahu berperang dengan kuasa saingan seperti China, dan memusnahkan tanah dan perairan masyarakat Orang Asli di Hawaii,” katanya dalam satu kenyataan.

Latihan perang laut terbesar

Rimpac 2024, yang berakhir hari ini, merupakan latihan terbesar di dunia dan melibatkan 29 negara dengan 25,000 kakitangan. Latihan itu diadakan dua tahun sekali di Hawaii.

Digembar-gemburkan sebagai peluang untuk latihan bersama, latihan ini dihoskan dan ditadbir oleh Komando Indo-Pasifik Tentera Laut AS di Pearl Harbour, dengan Kor Marin AS, Pengawal Pantai AS dan Pengawal Kebangsaan Hawaii.



Pihak penganjur berkata semasa Rimpac, pasukan yang mengambil bahagian "mengintegrasikan dan menggunakan pelbagai keupayaan, daripada bantuan bencana kepada operasi keselamatan maritim, dan daripada kawalan laut kepada pertempuran perang yang kompleks."

"Tujuan latihan ini adalah untuk membina hubungan, untuk meningkatkan kebolehoperasian dan kecekapan dan, akhirnya, menyumbang kepada keamanan dan kestabilan di rantau Indo-Pasifik yang sangat penting," kata Naib Laksamana AS John Wade yang merupakan komander Pasukan Petugas Gabungan Rimpac 2024, pada sidang media pada 27 Jun lalu.


Turut menyertai latihan itu adalah kapal KD Lekiu TLDM bersama kapal perang dan tentera dari negara seperti Amerika Syarikat, Israel, Australia, New Zealand, Jerman, Perancis, Singapura, Indonesia, Brunei, Jepun dan Korea Selatan.

Tentera Laut Filipina pula hadir sebagai pemerhati.

Menjawab gesaan sebelum ini agar Malaysia tidak menyertai Rimpac 2024, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata sebarang keputusan tidak seharusnya menjejaskan kedudukan Malaysia.



"Jika kami mengikuti pendekatan yang dicadangkan, kami perlu menghentikan operasi syarikat seperti Microsoft, Google, Apple dan Facebook," katanya

Dia juga menegaskan bahawa "tiada negara lain yang lantang seperti Malaysia dalam isu Israel".

"Kami membantah setiap hari," katanya kepada pemberita pada Mei lalu.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2024 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan sama2 darah yahudi ke 3 buah negara ni??
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2024 07:55 PM | Show all posts
Hidup atas dunia ni, kita kena utamakan kepentingan diri sendiri dahulu. Begitu juga dengan sebuah negara. Ada keputusan dibuat selepas mengambil kira pelbagai aspek geopolitik. Kalau nak berhujah dengan orang kampung yang mana lingkup hidup mereka di kampung dia aje memang susah lah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2024 09:45 PM | Show all posts
Buat apa dipermasalahkan ... bukankah Israel dan Malaysia adalah sama-sama anak cucu keturunan Nabi Ibrahim  tetapi berbeda Ibu ... Hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2024 11:21 PM | Show all posts
ultra78 replied at 1-8-2024 11:55 AM
Hidup atas dunia ni, kita kena utamakan kepentingan diri sendiri dahulu. Begitu juga dengan sebuah n ...

Di saat Russia & North Korea menyerang mereka.
kita akan di serang oleh china.
dah masing - masing sibuk
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Asal bukak mulut je @ menaip je menipu

Depan penyokong bodo cakap lain (anti israel). Belakang penyokong bodo buat lain (comolot ngan israel)

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2024 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Tidak mahu pula minta tolong abam puting
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2024 03:10 PM | Show all posts
Di Malaya ni yang paling kuat anti Israel pro Palestine sejak dulu ialah RTM.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2024 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 3-8-2024 07:17 AM

Penat la.

We share the same world.

Camna nak elak bertembung, etc dah sama2 tinggal dalam planet yang sama. Bak kata post #3, nak hidup sindri2 kalu sebab tak ngam dengan orang tu, orang ni, melingkup la kau dengan perangai kau. Kat opis pun, atas dasar pro, kau kerja ja dengan orang kau tak suka. Asalkan kasik benefit. Dah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2024 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 3-8-2024 03:10 PM
Di Malaya ni yang paling kuat anti Israel pro Palestine sejak dulu ialah RTM.

Memandai la ko.....rtm siap siarkan acara sukan live olmpik time team Israel amik bahagian tnda skong
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2024 11:54 AM | Show all posts
Firenzza replied at 4-8-2024 09:22 AM
Memandai la ko.....rtm siap siarkan acara sukan live olmpik time team Israel amik bahagian tnda sk ...

Itu kan tersasul katanya. Aku percaya ja RTM ni jgn kan tersasul, tertiarap pun aku tak terkejut.

Ko bila last tengok berita RTM? Kalau belum silalah tengok dan pastikan dengar ayat penutup tu. Rugi tau tak tengok.

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2024 04:03 PM | Show all posts
tu pon ada hati kata kat META jangan jadi perkakas zionis.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2024 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 4-8-2024 11:54 AM
Itu kan tersasul katanya. Aku percaya ja RTM ni jgn kan tersasul, tertiarap pun aku tak terkejut.
...

Wak jahit pun sokong israhell, sampai 4 kali laung....x kan tersasul jugak
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2024 09:33 PM | Show all posts
Firenzza replied at 7-8-2024 07:41 PM
Wak jahit pun sokong israhell, sampai 4 kali laung....x kan tersasul jugak

RTM baru ja siar cylist israhell pecah rekod olimpik masa pusingan kelayakan pecut. Tak berkutik langsung pengulas

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2024 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 7-8-2024 09:33 PM
RTM baru ja siar cylist israhell pecah rekod olimpik masa pusingan kelayakan pecut. Tak berkutik l ...

Ada team isrohell ke? Td tgok kt asterok x nmpk pun?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.443339 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list