View: 26676|Reply: 8
|
[Tempatan]
Duit wanita lesap RM160,000 ditipu doktor cinta
[Copy link]
|
|
Duit wanita lesap RM160,000 ditipu doktor cinta
Gambar hiasan
KUCHING – Lamunan cinta dengan seorang doktor di alam maya, membuatkan seorang wanita warga emas terjerat dengan sindiket ‘Love Scam’ sehingga mengakibatkannya lesap wang persaraan sebanyak RM160,000.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, pada awal April lalu, mangsa berusia awal 70-an berasal dari Miri itu telah berkenalan dengan seorang lelaki dikenali sebagai Dr. Wang Muyang melalui aplikasi Line.
Katanya, mangsa kemudian berhubung dengan suspek dan telah dilamun cinta.
“Dr. Wang kononnya ingin mengirim barang kepada mangsa sebagai tanda perkenalan dan seminggu kemudian, mangsa dimaklum oleh pihak kastam terdapat parcel atas nama mangsa yang mengandungi barang terlarang iaitu wang tunai mata wang Amerika.
“Bagi melepaskan parcel dan menyelesaikan kes itu, mangsa telah diminta membuat pembayaran. Mangsa yang panik telah membuat pembayaran bermula dari hujung April sehingga hujung Julai lalu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mancha berkata mangsa telah membuat sembilan transaksi wang secara berperingkat ke empat akaun bank yang berbeza berjumlah RM160,000.
“Mangsa memberitahu wang itu adalah simpanannya dan sedar ditipu setelah merujuk perkara tersebut kepada anaknya. Susulan itu, mangsa tampil membuat laporan polis pada 30 Julai lalu,” katanya. – KOSMO! ONLINE
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Astaghfirullahalazim..dh basi kut modus operandi ni..stilllllll ada yg terpedaya |
|
|
|
|
|
|
|
70s dah umur nya masih terpedaya dgn scam cinta |
|
|
|
|
|
|
|
kesepian..perasan cantek...guna hati bukan akal.
sooo hadaplah lah scammer.
|
|
|
|
|
|
|
|
Minami2013 replied at 1-8-2024 09:07 PM
70s dah umur nya masih terpedaya dgn scam cinta
Masa muda tak merasa bercinta kut....tp dah kecut kering mcm tu ada hati lg ke.....Emak aku balu diusia awal 40 th pun tengok muka jantan terus dia benci...bahagia hidup solo boleh round satu donia kata nya.. |
|
|
|
|
|
|
|
ler mangsa dah 70an ker... |
|
|
|
|
|
|
|
akusukaq replied at 2-8-2024 02:25 AM
Masa muda tak merasa bercinta kut....tp dah kecut kering mcm tu ada hati lg ke.....Emak aku balu d ...
Biase perempuan gitu ler. Malas dah nak kena layan lelaki. Lagi pulak kalau dah ada geng2 yg dah single mcm dia.
Kuat lagi agaknya nenek ni. Itu yg teruja nk bercinta |
|
|
|
|
|
|
|
Minami2013 replied at 2-8-2024 12:26 PM
Biase perempuan gitu ler. Malas dah nak kena layan lelaki. Lagi pulak kalau dah ada geng2 yg dah s ...
Kuat apo... kuat berangan je ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|