View: 31309|Reply: 9
|
Kerajaan setuju polis buka semula kertas siasatan kematian Teoh Beng Hock
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Kerajaan bersetuju untuk pihak polis membuka semula kertas siasatan terkait kematian mendiang Teoh Beng Hock, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau turut memberi jaminan siasatan kali ini akan dilaksanakan secara telus dan adil tanpa campur tangan mana-mana pihak, khususnya mengambil kira pandangan Mahkamah Rayuan berhubung kes itu pada 5 September 2014.
"Saya mendengar segala keluhan dan beberapa permintaan daripada pihak keluarga. Saya telah lama mengikuti rapat kes ini dan memahami kesedihan serta penderitaan keluarga yang telah sekian lama memperjuangkan keadilan buat mendiang.
"Saya nyatakan pendirian kerajaan yang bersetuju untuk pihak polis membuka semula kertas siasatan terkait kematian mendiang Beng Hock," katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.
Terdahulu, Anwar bertemu dengan ahli keluarga Teoh di Putrajaya termasuk ibu bapa mendiang, Teng Shuw Hoi dan Teoh Leong Hwee, selain anak mendiang Teoh Er Jia dan adik mendiang Teoh Lee Lan.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menetapkan 29 Oktober untuk menyampaikan keputusan permohonan keluarga Teoh bagi semakan kehakiman berhubung kematian mendiang.
Mendiang Teoh ditemukan maut pada 16 Julai 2009 di tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 bangunan sama.
Sumber : Harian Metro
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
|
|
|
|
|
|
|
kesian mendiang ni.. jadi modal politik jah
sebenarnya, semua kes popular jenayah yg melibatkan mangsa mati dlm msia ni sebenarnya takda kaitan pun dengan najib pun.. mmg mangsa tu mati dibunuh tp geng politaik ni yg dok buat fitnah jaja siang malam sampai org percaya benda2 yg bukan2.. character assassination sbb nak political gain je..
jijik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kes Darren Kang dah tutup ke? Apa pendakwaan nya? |
|
|
|
|
|
|
|
Jd ini membuktikan siasatan yg sblm ni x telus? So makana kata mmg ada hidden hand dlm sprmz polis semua.
Kalo btl ini sesuatu yg serious. So apa buktinya siasatan yg br ni akan telus kalo masalah hidden hand ko x setelkan dulu.
Umpama ko isi air dlm botol bocor. Ko isi bnyk mana pun air x de maknanya |
|
|
|
|
|
|
|
malas nak komen, nanti kena tuduh bawah anti buli |
|
|
|
|
|
|
|
kes Muhammad Adib masih bukak ke...atau dah lupo langsung |
|
|
|
|
|
|
|
kalau family Darren buka mulut semula, boleh dibawa ke tengah ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya nak keputusan yg mcmana?
Tu je yg i nak tau...
Pusing kot mana pun, selagi x capai yg diorg nal mmg la x puas hati kan... |
|
|
|
|
|
|
|
clueless_gamer replied at 2-8-2024 01:54 AM
kesian mendiang ni.. jadi modal politik jah
sebenarnya, semua kes popular jenayah yg melibatkan man ...
Dulu asal ada berita/kematian sensasi je, mesti pensokong PH akan tumpang menghasut dengan melibatkan nama najib.. naratif dorang masa tu ialah najib sejahat jahat manusia dan ummah manusia harus berganding bahu untuk melawan watak jahat ini
Maka berbondong2 la acik2 percaya lalu membuak buak kemarahan membenci najib |
|
|
|
|
|
|
| |
|