View: 7848|Reply: 10
|
Naik taraf lesen B2 ke B, bayaran hanya RM160 sahaja berbanding RM900 sebelum ini - Anthony Loke
[Copy link]
|
|
PUTRAJAYA – Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Motosikal Kelas B1 dan B2 yang aktif lebih 10 tahun boleh memohon LMM Kelas B bermula 1 Oktober depan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pemegang LMM Kelas B1 dan B2 yang berminat boleh mendapatkan LMM Kelas B dengan kos yuran hanya RM160 sahaja berbanding RM900 sebelum ini.
Beliau berkata, mereka yang berminat perlu menghadiri dan lulus program peralihan serta penyesuaian kenderaan motosikal berkuasa 500cc ke atas selama dua jam di Institut Memandu (IM) melibatkan program amali penunggangan dan informasi pemanduan selamat.
“Syarat lain ditetapkan adalah pemohon hendaklah bebas daripada sebarang senarai hitam, tunggakan saman, sekatan urus niaga, rekod sabitan kesalahan berat atau sebarang perkara belum selesai di bawah Akta 333.
“Malah, pemohon juga perlu melakukan pengesahan sihat tubuh badan, fizikal, minda secara deklarasi kendiri,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis perhimpunan bulanan kementerian di sini, hari ini.
Katanya, kerajaan pada dasarnya bersetuju dengan program khas peralihan itu namun, ia bukan dilaksanakan secara automatik sebaliknya perlu melepasi syarat-syarat ditetapkan.
Sumber : KOSMO! ONLINE
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan auto bertukar bila lesen dah 10 tahun.nak kena bayar 1 hal kena pergi ujian amali pulak |
|
|
|
|
|
|
|
akido_kido: Ingatkan auto bertukar bila le ...
Tu la pasal..dengar tajuk macam semudah abc.. |
|
|
|
|
|
|
|
akido_kido: Ingatkan auto bertukar bila lesen dah 10 tahun.nak kena bayar 1 hal kena pergi ujian amali pulak
oklah tu dulu rm900 lebih haha
|
|
|
|
|
|
|
|
Lesen motor aku issued overseas yang boleh bawa superbike tapi convert lesen Malaysia dapat B2 ja
|
|
|
|
|
|
|
|
akido_kido replied at 2-8-2024 04:19 PM
Ingatkan auto bertukar bila lesen dah 10 tahun.nak kena bayar 1 hal kena pergi ujian amali pulak
Of course la. Klu tak, kesian pulak geng2 sekolah memandu hilang pendapatan. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 2-8-2024 08:12 PM
Lesen motor aku issued overseas yang boleh bawa superbike tapi convert lesen Malaysia dapat B2 ja :l ...
Ala sedehnya
Tapi sini uols ada bawa sbk ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
haha... nak kena ada 2 jam berlatih pulak... tapi ni sampai bila2 kan tawarannya. jangan kang baru berapa percent mendaftar, bakinya dah x boleh teruskan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|