View: 9392|Reply: 0
|
[Tempatan]
Dua Wanita Dedah Perangai Buruk Bekas Suami Ketika Bermadu, Dakwa Disuruh Tidur & Mandi Bersama.Pernah menyamakan dengan pelacur.
[Copy link]
|
|
Kecewa dengan apa yang diperlakukan oleh bekas suaminya, Kak N yang merupakan bekas isteri kedua mendakwa lelaki itu juga pernah menyamakan dirinya dengan pelacur.
Menerusi rakaman siaran langsung yang dikongsikan semula di TikTok, seorang wanita yang merupakan bekas isteri kedua dikenali sebagai Kak N (bukan nama sebenar) dan bekas isteri ketiga, T (bukan nama sebenar) menceritakan pengalaman bersuamikan lelaki yang menurut mereka tidak bertanggungjawab.
Apa yang menjadi perhatian adalah Kak N mendedahkan sikap jijik bekas suami mereka yang mahu isteri-isterinya tidur dan mandi bersama.
Kenyataan itu turut diakui oleh T yang turut mempersoalkan tindakan bekas suaminya itu.
“Kena mandi sekali, sebab tok laki (suami) nak tengok dua-dua bini mandi depan mata. Normal ke guys?
“Kitaorang kena duduk satu rumah satu hal, lepas tu kena tidur sekali, sekatil. Lepas tu nak threes*me, hampir threes*me lah kitaorang, waktu dia (Kak N) hampir threes*me, waktu saya pun threes*me,” kata T.
Suami Samakan Diri Sebagai Pelacur, Tak Benarkan Solat Subuh
Apa yang lebih mengecewakan, Kak N mendakwa lelaki itu turut menyamakan dirinya dengan pelacur.
“Lepas tu saya rasa down, sebab kena tidur sekali. Esok tu saya bangun solat Subuh, dia tanya pergi mana.
“Saya jawab nak pergi sembahyang. Lepas tu dia cakap ‘awak tak payah sembahyang, awak tu taraf-taraf pelacur’, suami panggil kita macam tu, awak rasa macam mana?” kata Kak N.
Dakwa Suami Pukul & Sepak
Kak N turut mendakwa suaminya pada ketika itu memukul dan menendangnya kerana tidak berpuas hati wanita itu enggan mendengar arahannya.
Malah, dia turut diheret hingga ke pintu rumah dan dihalau pulang ke rumah ibu bapanya. Difahamkan, mereka bercerai talak satu sekitar bulan lima tahun 2022.
Suami Tak Puas Hati Dengan Kisah Lepas
Jelas Kak N lagi, bekas suaminya itu gemar mengungkit kisah silam hingga dia berasa terseksa dengan sikap lelaki itu hingga menjadi punca mereka bercerai.
Apa yang lebih mengejutkan, wanita berkenaan mendakwa suaminya kini menyertai tabligh. Namun, tujuan murni itu tidak menghalang lelaki berkenaan untuk mengeluarkan amaran mahu membunuh bekas teman lelaki Kak N.
“Dia pergi tabligh lepas tu dia balik, dia cakap macam ni ‘aku dah jumpa orang yang boleh bunuh bekas teman lelaki awak’.
“Saya pun kata ‘buat apa nak bunuh? Orang tu dah ada isteri dan anak, cerita lama kenapa nak ungkit balik’.
“Dia tak boleh nak terima benda tu, dia tawar (jawab) macam ni ‘kamu nak cerai dengan aku?” dedahnya lagi.
Jelas Kak N, dia sememangnya mahukan penceraian kerana tidak sanggup lagi diseksa oleh lelaki berkenaan.
Suami Kawal Isteri, Anggap Isteri Macam Robot
Malah, Kak N turut mendedahkan sikap lelaki itu yang mengawal isteri-isterinya dan perkara itu turut diakui oleh T.
“Aku nak sangat (penceraian), aku kena seksa, kena ikut apa dia suruh, kita ibarat robot, tak de hak untuk bersuara. Jumpa dengan orang pun ada cara dia,” terangnya lagi.
Lelaki Ceraikan Dengan Talak Tiga, Tapi Suruh Isteri Bersekedudukan
Menerusi video berasingan, Kak N mendedahkan dia sebenarnya telahpun diceraikan dengan talak tiga ketika suaminya itu membuat lafaz taklik terhadapnya.
Namun, apa yang mengejutkan adalah lelaki itu memaksa wanita berkenaan untuk terus duduk bersama walaupun telah jatuh talak.
Malah, bekas suaminya mendakwa dia hanya melafazkan talak satu dan bukan talak tiga seperti yang dikatakan isterinya |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|