CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2762|Reply: 0

[Tempatan] 'Guru kencing berdiri' - Jailani akui belajar dari Presiden Umno Zahid Hamidi

[Copy link]
Post time 6-8-2024 10:21 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 6-8-2024 02:25 AM

'Guru kencing berdiri' - Jailani akui belajar dari Zahid

https://m.malaysiakini.com/news/714485

Haspaizi Zain
Diterbitkan:  Aug 6, 2024 9:25 AM
Dikemaskini: 9:25 AM



Adun Rembia Muhammad Jailani Khamis berkata dia berlajar daripada Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi taktik menyembunyikan penyertaannya ke dalam PAS.

Katanya, Ahmad Zahid yang berjanji untuk tidak bekerjasama dengan Anwar Ibrahim dan DAP, namun bertahun telah merancang serta mengumumkan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

"Saya belajar daripada Zahid, bapa borek anak rintik. Guru kencing berdiri, murid kencing berlari.

“Orang persoal kenapa sekarang (selepas setahun) baru saya beritahu sertai PAS, ia tak perlu dipersoal patut tanya Zahid dulu kenapa bertahun-tahun dia bincang dengan Anwar untuk kerjasama dan sekarang akhirnya terbukti bentuk kerajaan dengan Anwar.



“Kamu cakap saya buat kejutan, pemimpin kamu yang buat kejutan, dia (Zahid) janji dengan saya tak ada Anwar tak ada DAP.

"Kalau pemimpin Umno kata saya langgar perjanjian, mungkir perjanjian, pemimpin mereka sebenarnya khianati perjanjian,” katanya ketika ditemui semasa berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri, Gua Musang.

Pada 16 Jul lalu, PAS mengumumkan penyertaan Muhammad Jailani ke dalam parti itu dan menjadi wakil rakyat tunggal PAS di Melaka.

Penyertaan Muhammad Jailani itu diumumkan setiausaha agung parti berkenaan, Takiyuddin Hassan, di parlimen.



Menurut Takiyuddin, penyertaan Jailani ke dalam PAS tidak akan menjejaskan kedudukan Adun terbabit.

Hal itu kerana, kata Takiyuddin, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka belum lagi menguatkuasakan undang-undang antilompat parti semasa Jailani menyertai PAS.

Ketika mengumumkan penyertaan Jailani, Takiyuddin berkata Adun terbabit mengemukakan permohonan untuk menjadi ahli PAS pada 10 Jun 2023.

Semalam, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Ahmad Maslan berkata dia tidak yakin Muhammad Jailani telah menyertai PAS pada Jun tahun lepas, sebulan sebelum persidangan DUN Melaka meluluskan enakmen berkaitan antilompat parti.



Dia menyifatkan Adun Rembia itu cuba memperbodohkan orang ramai untuk menghalalkan tindakannya melompat parti selepas wujudnya undang-undang berkenaan hal itu di Melaka.

Rentetan tindakannya menyertai PAS, Muhammad Jailani berdepan tuntutan RM100 juta daripada Umno berdasarkan perjanjian yang telah dimeterainya ketika dipilih menjadi calon BN pada pilihan raya lalu.

Sementara itu Muhammad Jailani turut membidas seorang lagi ahli MKT Umno, Mohd Puad Zarkashi berhubung dakwaan yang dia cuba mufliskan diri sendiri.

Muhammad Jailani mengingatkan Mohd Puad yang juga speaker DUN Johor itu supaya tidak bercakap sembarangan.

“Kalau tak tahu hujung pangkal jangan berlagak bijak tapi berkata bodoh,” katanya lagi.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.521248 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list