CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3244|Reply: 2

[Tempatan] Bukit Aman rancang pindahkan pegawai kanan polis?

[Copy link]
Post time 6-8-2024 10:25 AM | Show all posts |Read mode
Bukit Aman rancang pindahkan pegawai kanan polis?

https://m.malaysiakini.com/news/714486

Nantha Kumar & Hariz Mohd & Shahrin Aizat Noorshahrizam
Diterbitkan:  Aug 6, 2024 9:30 AM
Dikemaskini: 9:30 AM



Ibu pejabat polis Bukit Aman didakwa merancang rombakan besar-besaran kepimpinan tertingginya, dengan beberapa pegawai kanan dijangka dipindahkan keluar daripada agensi itu.

Menurut sumber, rombakan itu didakwa turut melibatkan Timbalan Ketua Polis Negara, Ayob Khan Mydin Pitchay.

“Apa yang kita dengar, Datuk Ayob mungkin akan dihantar mengetuai agensi lain di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

"Beliau akan mengetuai sama ada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) atau Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (MCBA)," kata sumber polis kepada Malaysiakini.

Ayob enggan memberi komen apabila ditanya mengenai dakwaan tersebut, namun seorang pegawai kanan kementerian mengesahkan terdapat rancangan rombakan tersebut tetapi enggan mendedahkan lebih lanjut.



Bagaimanapun, sumber yang bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan mendakwa ia adalah perancangan dalaman Bukit Aman.

"KDN tidak terlibat dalam hal ini. Ia berkaitan dengan dinamika dalam PDRM," dakwa sumber tersebut.

Malaysiakini telah menghubungi Ketua Polis Negara, Razarudin Husain untuk mendapatkan komen.

Seorang lagi pegawai kanan polis yang didakwa akan dipindahkan keluar dari Bukit Aman ialah Mohd Shuhaily Mohd Zain, yang kini merupakan pengarah Jabatan Siasatan Jenayah.



Pesuruhjaya polis berpangkat tiga bintang itu, menurut sumber, mungkin dihantar ke Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sebagai ketua pengarahnya yang baru.

Malaysiakini juga telah menghubungi pejabat Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail dan Shuhaily untuk mendapatkan komen.

Untuk rekod, jawatan nombor satu dalam APMM dan Nada kosong sejak April lalu.

Ketua Pengarah APMM Hamid Mohd Amin bersara wajib pada 18 April manakala ketua pengarah AADK, Sutekno Ahmad Belon berpindah ke Kementerian Sumber Manusia untuk dinaikkan pangkat sebagai timbalan ketua setiausaha (operasi) kementerian itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2024 10:28 AM | Show all posts
harap PMX campur tangan hal ehwal PDRM ni...memang memerlukan rombakan secara total dan overhaul besar-besaran...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2024 10:35 AM | Show all posts
sapa2 acik2 polis kt sini bole bagitau tak kenapa ayob khan  tu mcm tak disukai oleh pdrm sendiri?? shuhaily tu paham la jugak.. masa kt  penang pun dah mcm2 citer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.895207 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list