View: 2884|Reply: 0
|
[Tempatan]
Tayar Pancit, Terpaksa Menunggu Untuk Menukar Basikal!
[Copy link]
|
|
Paris: Meskipun terpaksa detik cemas apabila tayar basikalnya pancit ketika berlumba, namun ia tidak menghalang Remco Evenepoel meraih emas di Sukan Olimpik Paris.
Evenepoel yang juga atlet Belgium berjaya mengenggam pingat emas kedua dalam sukan berbasikal acara ujian masa.
Emas kedua itu meletakkan Evenepoel dalam kalangan pelumba hebat dan kepulangan menakjubkan selepas kemalangan di Itali yang menyaksikannya terjatuh ke dalam gaung.
Dia satu-satunya pelumba lelaki yang memenangi dua emas berbasikal di Olimpik. Pelumba Belanda, Leontien Zijlaard melakukannya dalam kategori wanita di Olimpik 2000, Sydney.
Sangat bangga dapat memenangi ini dan menjadi yang pertama meraih emas berganda. Ia satu sejarah," kata Evenepoel, 24.
Evenepoel sedang mendahului perlumbaan ketika tayarnya pancit empat kilometer sebelum garis penamat. Dia terpaksa menunggu pasukannya untuk menukar basikal.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|