View: 2945|Reply: 0
|
[Tempatan]
Dilaporkan Positif, Mengatakan Berpunca Dari Daging Yang Tercemar!
[Copy link]
|
|
PARIS – Perenang Great Britain, Adam Peaty mempersoal kemenangan China pada malam terakhir sukan renang Sukan Olimpik Paris 2024 selepas pasukan itu meraih pingat emas acara 4×100 meter (m) medley berganti-ganti lelaki dengan mengalahkan Amerika Syarikat (AS).
Dua daripada empat pemenang emas itu, Qin Haiyang dan Sun Jiajun antara 23 perenang China yang dilaporkan positif ujian doping menjelang Sukan Olimpik Tokyo tiga tahun lalu, namun mereka tidak dikenakan larangan bertanding.
Sebaliknya, kumpulan perenang tersebut dibenarkan bertanding oleh Agensi Anti Doping Dunia (WADA) pada edisi Tokyo 2020 setelah menerima penjelasan pihak berkuasa China bahawa pencemaran tersebut berpunca daripada daging yang tercemar.
Namun, ujian positif tersebut tidak didedahkan secara umum ketika itu dan hanya terbongkar melalui siasatan New York Times awal tahun ini sekali gus mencetuskan kontroversi pada edisi Paris kali ini.
“Tiada gunanya menang jika tidak menang dengan adil. Jika anda tahu anda menipu, anda sebenarnya tidak menang, bukan? Untuk mereka yang perlu melakukan kerja mereka, bangun dan lakukan kerja anda.
“Bagi saya, jika anda terlibat dan telah ‘tercemar’ dua kali, saya rasa sebagai orang yang berintegriti anda sepatutnya dikeluarkan daripada sukan ini. Tetapi kita tahu sukan tidak semudah itu,” kata Peaty.
Peaty meraih pingat perak 100m kuak dada awal minggu ini, gagal mempertahankan gelaran dimenanginya sewaktu Rio 2016 dan Tokyo 2020.
“Saya rasa saya perlu menjauhkan diri daripada sukan ini kerana ia benar-benar menyakitkan kali ini. Mungkin ini adalah renangan terakhir saya di sini,” tambahnya.
Kontroversi itu turut mengundang perhatian perenang sensasi AS, Caeleb Dressel yang mendakwa dia tidak yakin semua pesaingnya bersaing secara bersih tanpa menggunakan bahan terlarang.
Disebabkan itu, Dressel turut menyuarakan kegusarannya terhadap ketelusan dan ketegasan penguatkuasaan anti doping dalam sukan renang. |
|
|
|
|
|
|
| |
|