CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: ifanonline

[Tempatan] Tugas menjaga anak terletak pada ibu, bapa keluar pergi kerja!

[Copy link]
Post time 9-8-2024 01:26 PM | Show all posts
Laki zaman dulu x sama dgn laki zmn millenial gtu...
Dlu2 org laki mmg kerja cari duit je.. kerja rumah semua isteri handle.

Now cari duit pn sama2 so kerja rumah pn sama2 esp bab anak2... org laki xnk kemas rumah lipat baju masak xpe, tp anak tu sila layan suap makan, mandikan, main dgn anak...tu je pn bkn susah sgt.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2024 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm familiar je laki tu
kalau deduankerja..kena share la tgjwb jaga ank..kalau bini xkerja br blh ko tgk je bang tp tu pun wiken kena la tlg jgk..ingt xpnh jd suri rumah.
i tgk abg ipar i tu wpn dia bz..dia balik still tlg kakak i mandikn ank apa semua..sbb ank sama sama kn..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2024 03:51 PM | Show all posts
kemaruk replied at 8-8-2024 09:34 PM
Para isteri pon dah woke dah sekarang

Takpe, nanti korang akan digantikan oleh chatgpt yang berbada ...

aku rasa perempuan zaman skrang ni mcm dah tak kisah dah kawen ke tidak. yg banyak meroyan tu lelaki je. tu yg lelaki dok ungkit zaman mak-mak diorang dulu perempuan mcm mane. pastu salahkan pendidikan pulak konon perempuan terlalu berdikari smpi runtuh institusi rumahtangga la ape la. yg kes perempuan terkahwin ngan biawak hidup ni takde pulak lelaki-lelaki nak sound kaum2 diorg tu.  korang nak menggantikan perempuan dgn chatgpt fizikal, go on, who's stopping you
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2024 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akusukaq at 9-8-2024 03:53 PM
cm_vungtau replied at 8-8-2024 10:37 PM
Depends la. Kalau laki tu gaji besau, bini sanggup aje jaga anak tak mintak tolong.

Ni kalau gaji k ...


Ya laa dah laki gaji besau, mampu lah pakai bibik. Dia tak tolong sgt pun tak hal. Atau bagi je kad  platinum  utk reward  bini shoping moping ujung minggu. Camni aku setuju je
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2024 03:55 PM | Show all posts
sufi^_^ replied at 9-8-2024 11:26 AM
Fine, ok je kalau bapak tak mau ambik tau pasal penjagaan anak2, kononnya tugas bapak carik duit je. ...

ye ni pun aku penah baca gak luahan lelaki kononnya jadi lelaki ni susah, bila tua anak-anak tak layan dgn baik macam diorang layan mak diorang. kononnye dulu diorang berhempas pulas cari rezeki utk besarkan anak-anak ujung-ujung jadi macam tu. bullshit la, sedangkan bapak PJJ pun ada masa call anak tanya khabar diorg.  ni lelaki-lelaki yg lepas kawen pun lg suka lepak dengan kawan-kawan la ni tak nak move on dari hidup bujang tu yg anak-anak tak rapat ngan diorg
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2024 03:59 PM | Show all posts
lg satu aku teringat la ada satu video ni khas sempena hari bapa, wartawan ni interview bapa dan anak di jalanan.  soalan basic je, macam anak umur brape, anak sekolah kat mana, umur brape, nama tengah, memang bapak-bapak tu fail. ada satu soalan ni, tarikh lahir anak pun tak ingat, padahal baru semalam diorg sambut birthday anak tu.sedih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2024 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalunya kalau bapa yang busy cari duit, walaupun anak2 tak rapat dengan dia, nanti lama2 bila anak dah besar, anak akan cari dia jugak. Macam anak aku. Apa2 hal duit mintak kat ayah. Walaupun aku bekerja juga. Bapaknya pun happy bila anak contact nak duit. Bapak2 ni memang suka jadi provider. Apa2 pun takyah la paksa sangat laki ko tu basuh pinggan ke cebok anak. Dah nalurinya lelaki suka jadi provider, tak suka jadi househusband. Bersyukur la asal tak bewak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2024 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 9-8-2024 12:02 PM
Aturan suami keluar bekerja cari nafkah dn isteri/ibu duduk di rumah jaga anak sudah ketinggalan zam ...

Betul sis..yg penting sama2 tolak ansur..zaman skrg memang zaman keras kehidupan...tak kisah laki atau bini..dua2 pun berjuang kerja siang malm utk famili.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-8-2024 04:56 PM | Show all posts
annehuda replied at 9-8-2024 03:51 PM
aku rasa perempuan zaman skrang ni mcm dah tak kisah dah kawen ke tidak. yg banyak meroyan tu lela ...

sounds like a bitter andartu je ni?

berkahwin itu adalah sunnah nabi...manusia yg menolak perkahwinan adalah bukan umat nabi
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2024 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca setengah malas nak pikio cam dia nak cakap lelaki jangan jadi bewak komodo.. kawan iols dgrnya nak mohon zakat.. laki tido sampai ptg binik bukak kedai.. 1k sebulan yach untuk rumah.. huntongla
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2024 09:24 PM | Show all posts
Edited by nolya at 9-8-2024 09:28 PM
ifanonline replied at 9-8-2024 12:41 PM
teori 'keadaan semasa' tidak boleh di pakai, ape jua soal kehidupan kena rujuk balik pd alquran da ...

Kenapa tak boleh akur kpd teori 'keadaan semasa'.  Malah mendidik anak pun zmn ini sudah disarankan untuk mengikut keadaan semasa, tak boleh lagi mengajar dn mendidik anak cara zmn dulu:  Anak2 hari ini tak boleh dirotan, disebat, tak boleh dicubit, tak boleh dipiuh telinganya, malah orang tua pulak didakwa sbg mendera. Maka anak2 kian tiris akhlak dn kurang rasa hormat kpd orang tua.
Isteri2 yg minta suami sediakan segala kelengkapan rumah bukan lagi ianya kemahuan tetapi keperluan. Di rumah perlu ada fridge, washing machine, ada blender, dn dapur gas.  Itu adalah keperluan asas yg wajib suami sediakan. Zmn menggiling lada/rempah kari, batu giling pun dah tak ade. Untuk berjam2 memberus dn menyental kotoran pakaian di bilik air akan lebih menguras tenaga isteri sedangkan banyak lagi tugas lain yg harus diperhatikan. Mana lagi anak2 yg buas dan nakal yg perlu lebih lebih perhatian, ada ketika anak kecil main depan rumah (emaknya di dapur), boleh hilang dirembat orang.
Bila isteri pergi kerja bukan bererti mereka tidak rujuk kpd AQ atau melupai tugas isteri. Suami2 kena faham, keadaan semasa juga menuntut pengertian suami untuk bertimbangrasa dgn tuntutan kehidupan dn keadaan. Bagi suami2 yg tak akrab dgn sejadah, yg pada waktu maghrib masih di luar rumah, adakah suami mengharap penuh anak2 mengaji dn blj solat drp isterinya. Terpenuhkah hak si anak jika ayahnya terus2an berkeadaan begitu.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2024 11:13 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2024 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 8-8-2024 06:56 PM
Penat kau jadi surirumah cebok budak berak basuh spender hujung2 laki ceraikan kau

Ada orang yang aku kenal, dia buli laki dia suruh jaga anak kencing berak, gosok gigi, semua. Laki lak jenis lembut. Dia lak beranak sampai 6 orang. Pastu lepas 20 tahun cerai. Then dia dapat rumah laki dia. Laki dia kena pindah dok menyewa. Sekarang laki dia papa kedana sebab semua duit dah kena perabih oleh bini
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2024 01:11 PM | Show all posts
ifanonline replied at 9-8-2024 11:13 PM
https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/5516-al-kafi-1916-adakah-suami-wajib-me ...



Satu ayatpun tidak saya nafikan apa yg tercatat pd link  mufti.gov.my.  Apa yg tersirat di sebalik postingan saya bukan bermaksud untuk melagkaui kandungan artikel berkenaan, ttpi ada fakta2 yg masih dpt dibicarakan, sebab-musabab yg mendorong para isteri bekerja di luar rumah. Isteri bekerja bukan bererti mau mencari lengah dn helah drp menjalankan tugas2 di rumah sambil menjaga anak. Miskipun sering diceramahi tugas isteri bukan memasak, membasuh dn membereskan urusan rumahtangga, isteri hanya wajib at any time 'sedia khidmat' dn meredakan gelora berahi suami. Namun tidak pd aturan yg tertulis dn atas ehsan isteri, isteri memikul segala beban waima harus mencari jln menambah pendapatan keluarga, sama ada di luar rumah atau dari rumah sendiri.

Bagi yg mengaji, sedia maklum tentunya isteri diharap memahami tahap kemampuan suami menafkahi isteri dn isteri jgn terlalu meminta2 di luar kemampuan. That is very well understood.  Maka bagi lelaki, kajilah dulu kriteria seorang wanita sebelum mau dijadikan isteri, apakah bakal isterinya yg sanggup harungi kehidupan seadanya dn bukan seorag pompuan yg bersifat materi (materialistic).

Hari ini bukan zamannya nak cari wanita yg sanggup hidup susah bila bersuami. Wanita kini sudah celik serba-serbi. Tak sangguplah nak jadi 'babu-bibik' kpd suami semata2 melainkan suami yg benar2 mampu......., OK boleh duduk rumah dn jaga anak. Sedemikian, adakah wanita begitu dikategorikan mau melawan firman AQ dan undang2 munakahat?

Surah At-Tahrim ayat 6 memerintahkan suami2 untuk memelihara keluarga drp api neraka. Tafsiran ayat ini luas dn banyak cabangnya. Beranikah para suami mengambil kuasa vito memerintahkan isteri "Awak jgn keluar rumah, jgn kerja di luar, duduk saja di rumah dn jaga anak. Saya saja yg akan keluar cari nafkah". Waima jika suaminya seorang ahli tabligh yg keluar berbulan2 tinggalkan keluarga tanpa tinggalkan bekalan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2024 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
awat tumpanglalu mendoni porom ni???
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2024 01:35 PM | Show all posts
annehuda replied at 9-8-2024 03:55 PM
ye ni pun aku penah baca gak luahan lelaki kononnya jadi lelaki ni susah, bila tua anak-anak tak l ...


Money can buy many things but money cannot buy everything. Perasaan saling menyukai, kasih-mengasihi tumbuh drp benih2 kepedulian, memperhatikan, dibajai dgn kemesraan yg mencambah kerinduan dn pd akhirnya menyimpul silaturahim. Itulah bonding yg boleh terwujud antara insan makhluk Allah, esp antara anak-beranak dn inst. keluarga.
Wang hanya menjembatani hubungan ttpi bukan pengikat kasih sayang.  Kerana wang boleh menginspirasikan syurga dn wang juga menjerumus ke neraka.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2024 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Raya balik kampung si suami takut mak marah merajuk pula. Ayat sial mak tak boleh diganti. Setelah dibibik anak org.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2024 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Bini nak balik kpg ayah mak, si nun mertua buat drama kerak. Bermulalah curhat gara2 pandai2 ini kata tugas bini sebenarnya adalah BIBIK tak bergaji.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2024 07:23 PM | Show all posts
Edited by Nfir at 10-8-2024 07:31 PM

Kita boleh nampak dengan jelas perbezaan pemikiran perempuan zaman sekarang dengan pemikiran perempuan zaman dulu.

Untuk perempuan zaman dulu … kalau dia adalah perempuan yang miskin, perempuan itu tidak kisah berkahwin dengan lelaki miskin. Perempuan itu tidak kisah untuk menjalani kehidupan berkeluarga sebagai keluarga miskin.

Cara berfikir seperti ini selari dengan suruhan Allah swt. Allah sudah beri panduan:

1) Perempuan kaya kahwin dengan lelaki kaya. Suami kaya tanggung keluarga dengan cara orang kaya.

2) Perempuan sederhana kahwin dengan lelaki sederhana. Suami sederhana tanggung keluarga dengan cara orang sederhana.

3) Perempuan miskin kahwin dengan lelaki miskin. Suami miskin tanggung keluarga dengan cara orang miskin.

+ + +

Rujukan:

Selain itu juga, pemberian nafkah merujuk kepada kemampuan suami sama ada kaya dan berkemampuan, sederhana atau fakir dengan mengikut kadar ketentuan uruf masyarakat setempat.

Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:

Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. (Surah al-Baqarah, 231)

Menurut Imam Ibn Kathir, dalam ayat di atas menunjukkan adat kebiasaan yang dilakukan oleh mereka (isteri) mengikut negerinya dengan tidak berlebih-lebihan dan tidak membebankan suami. Hal ini berdasarkan kemampuan suami sama ada kaya, sederhana atau miskin.

Menurut al-Fiqhal-Manhaji, kadar nafkah makanan asasi adalah dua cupak bagi mereka yang kaya, satu setengah cupak bagi mereka yang sederhana dan satu cupak bagi mereka yang fakir.

+ + +

Perempuan zaman dulu buta huruf kerana mereka tidak pergi sekolah. Walaupun mereka buta huruf, otak mereka berfikir dengan cara yang betul. Otak mereka buat perkara yang disuruh oleh Allah.

Apabila manusia buat perkara yang disuruh oleh Allah, Allah beri ganjaran kepada manusia itu. Allah beri rahmat dan keberkatan kepada manusia itu.

Apa maksud keberkatan? Buat sedikit; dapat banyak.

Jadi, apa keberkatan yang Allah beri kepada perempuan zaman dulu yang buat perkara yang Allah suruh? Allah permudahkan usaha mereka untuk mendapat anak yang baik, anak yang rajin, anak yang pandai.

Apa ciri-ciri anak yang Allah kurniakan kepada mereka?

1) Anak berperangai baik.

2) Anak mendengar kata.

3) Anak hormat kepada emak dan ayah.

4) Anak rajin tolong emak dan ayah.

5) Anak rajin bangun pagi.

6) Anak mengerjakan solat.

7) Anak pandai mengaji.

8) Anak rajin membaca.

9) Anak rajin belajar.

10) Anak rajin pergi sekolah.

11) Anak hormat cikgu di sekolah.

Hinggakan sesetengahnya…

12) Anak dapat masuk MCKK.

13) Anak dapat belajar di US atau UK.

14) Anak dapat kerja hebat.

15) Anak dapat gaji berpuluh ribu.

16) Anak jadi orang berkedudukan tinggi.

Hinggakan sesetengahnya…

17) Anak jadi Tan Sri.

18) Anak jadi Menteri.

Berapa ramai perempuan Melayu zaman dulu yang buta huruf, yang hidup di kampung, yang hidup miskin … tetapi berjaya melahirkan anak yang berkualiti seperti ini?

+ + +

Seterusnya, kita tengok pula kualiti anak bagi perempuan zaman sekarang.

Untuk perempuan zaman sekarang, berapa markah Matematik anak mereka? Kenapa tanya markah Matematik secara spesifik?
Berapa ramai pelajar zaman sekarang yang gagal Matematik?

Tak perlu tunggu UPSR, PT3 atau SPM. Kita pergi sekolah pada hari ini, kita boleh tengok markah pelajar-pelajar di sekolah.

Berapa ramai pelajar zaman sekarang yang tak suka belajar? Berapa ramai pelajar zaman sekarang yang tak suka pergi sekolah?

Tanya perempuan zaman sekarang: Anak mereka gila handphone atau tidak? Anak mereka gila game atau tidak? Anak mereka gila TikTok atau tidak?

Silap-silap haribulan, anak mereka memang betul-betul gila. Anak mereka ada penyakit mental … tetapi emaknya saja yang tidak tahu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.105413 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list