View: 40003|Reply: 10
|
[Tempatan]
Tunggu berita baik di MAPPA, KSN beritahu penjawat awam
[Copy link]
|
|
NASIONAL
Tunggu berita baik di MAPPA, KSN beritahu penjawat awam
Ogos 12, 2024 @ 10:34am
Oleh Mohd Iskandar Ibrahim
[email protected]
Ketua Setiausaha Negara yang baharu, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar (tengah) ketika sidang media selepas mengimbas kad perakam waktu untuk memulakan tugas beliau di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Berita baik menanti kira-kira 1.6 juta penjawat awam pada perhimpunan Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 Jumaat ini.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar berhubung penganjuran perhimpunan berkenaan.
Biarpun tidak mendedahkan intipati majlis amanat itu, ia dipercayai berkaitan pelarasan gaji penjawat awam yang akan diumumkan serentak dengan pelancaran Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
"Tak boleh bocor rahsia, insya-Allah (ada) berita baik untuk penjawat awam," katanya ketika ditemui selepas mengimbas kad perakam waktu pada hari pertama memulakan tugas sebagai KSN di Bangunan Perdana Putra di sini, hari ini.
Beliau menggantikan Tan Sri Mohd Zuki Ali yang bersara wajib 10 Ogos lalu.
Yang turut hadir, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
MAPPA ke-19 bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil sebelum ini memaklumkan penjawat awam dijangka menikmati kenaikan gaji melalui SSPA antara 15 hingga 42.7 peratus.
Perincian berkenaan mekanisme pelarasan gaji penjawat awam itu dijangka disentuh Perdana Menteri pada hari penganjuran MAPPA.
Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar mengimbas kad perakam waktu ketika hari pertama memasuki pejabat selepas dilantik menjadi Ketua Setiausaha Negara di Putrajaya - Foto NSTP/Mohd Fadli Hamzah
https://www.bharian.com.my/berit ... itahu-penjawat-awam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
naggiri bila?
selagi belom, selagi tu lah dok berkokok
kenaikannggg patploh tujuh persengggg |
|
|
|
|
|
|
|
bbalik replied at 12-8-2024 12:07 PM
naggiri bila?
selagi belom, selagi tu lah dok berkokok
kenaikannggg patploh tujuh persengggg
Sama je dua dua phk pun . Ekploit je apa apa isu selagi boleh bila nak pancing undi .Guna isu naik gaji lg sedap didengar dr guna isu 3R |
|
|
|
|
|
|
|
mesti ramai yg pening sama ada nak pilih vellfire atau alpard |
|
|
|
|
|
|
|
Ucapan Selamat makan gaji buta kepada penjawat-penjawat awam (baca: parasit-parasit awam) yg tak perform, kaunter 8 bukak 2, telefon pejabat tak berangkat, pukul 10.00am baru mula kerja lepas sarapan di kantin, pukul 12.00 tgh dah sibuk nak ambik anak sekolah, pukul 3.45 petang dah sibuk kemas meja nak balik rumah, surat guna template 3 bulan baru siap, fail urusan tanah asyik hilang, email tak berjawab dan sebagainya... Semoga cukai yg diperah daripada rakyat jelata untuk menanggung hidup biawak-biawak awam ini jadi bahan bakar api neraka mereka kelak. |
|
|
|
|
|
|
|
intipati yg bernas nimasukkan dlm ucaptama sblm umum pelarasan gaji
|
|
|
|
|
|
|
|
Dari tahun 80an sampai sekarang pun tak beza. Kebal betul la.
Orang kat office swasta KPI berderet sampai dapat anxiety, tekanan mental.
|
|
|
|
|
|
|
|
eh tak lah..sat lagi ada yg bagitahu, staf kerajaan sekarang pun ada yg OT tak bergaji, kerja weekend, kerja bawak balik rumah demi amanat negara..kau hado??
|
|
|
|
|
|
|
|
hahaha.. meh aku mulakan.aku pekerja swasta.. bini staff gomen
selalu makan hati laki kena keje weekend..
suka2 hati laki nk kena transfer sane sini..
asal anak sakit ke apa.. kemain susah nk dpt cuti..
akuuuu jugak yg kene cuti jaga anak.
tapi takla semuanya siksa.. now kene dept baru.. okla sikit.. kurang bz berbanding tempat lama
kurang sikit stress.. tapi tetaaap ada kena keje on weekend.. ikut aktiviti2 gomen.. gerammm
|
|
|
|
|
|
|
|
takpa nohh ..demi sesuap nasik kami golongan marhaen sajorkk..yg menurut perintah
|
|
|
|
|
|
|
| |
|