CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35390|Reply: 15

[Tempatan] Empat tahun berlalu, di mana bandar perabot?

[Copy link]
Post time 12-8-2024 01:48 PM | Show all posts |Read mode
Empat tahun berlalu, di mana bandar perabot? - Mohd Syahbuddin
Oleh
HAZELEN LIANA KAMARUDIN
11 Ogos 2024 12:16pm


Sebagai ADUN Pembangkang BN di Kelantan, Mohd Syahbuddin mahu perkara ini dijawab terus oleh kerajaan negeri.


GUA MUSANG - Barisan Nasional (BN) Gua Musang mempersoalkan status terkini pembinaan bandar perabot yang dilancarkan oleh kerajaan Kelantan pada 10 September 2020 selepas tiada sebarang gerak kerja dilaksanakan.

Timbalan Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri, Mohd Syahbuddin Hashim berkata, projek yang digelar Madinatul Athasi itu telah dirasmikan oleh mantan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob semasa berlangsungnya upacara pecah tanah.



BN Gua Musang mempersoalkan status terkini pembinaan Bandar Perabot yang dilancarkan oleh Kerajaan Kelantan pada 10 September 2020 selepas tiada sebarang gerak kerja dilaksanakan.


"Pada hari tersebut saya turut hadir selaku ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Galas.

"Dalam sesi Pengulungan Sidang DUN (Dewan Undangan Negeri) Kelantan pada 31 Mac 2022, Exco Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan ketika itu, Datuk Hanifa Ahmad telah menyatakan sebuah syarikat telah dianugerahkan 141 hektar tanah tapak bandar perabot di Gua Musang dengan komitmen untuk pembinaan tiga kilang yang akan dimulakan pada pertengahan tahun 2022.

"Di sini saya ingin memohon pengesahan kerajaan negeri Kelantan," katanya semasa sidang akhbar di Bilik Gerakan BN Gua Musang, Bukit Cekati di sini pada Ahad.


Projek yang digelar Madinatul Athasi itu telah dirasmikan oleh mantan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob semasa berlangsungnya upacara pecah tanah.

Menurut beliau, dengan wujudnya pelaburan bandar perabot itu, akan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat di Gua Musang, tetapi sehingga 2024 ianya masih tidak menjadi kenyataan.


Ujarnya, jika semasa pengulungan DUN Kelantan diberikan alasan pandemik Covid-19 telah menyebabkan ianya tertangguh, kini apakah masalah sebenar yang berlaku menjadi penyebab kelewatan projek ini.

Mohd Syahbuddin memberitahu, dalam keadaan rakyat Gua Musang ternanti-nanti harapan bandar perabot ini disiapkan untuk mereka mendapat peluang pekerjaan, pihaknya (BN) telah berjaya mengesan melalui laporan penilaian impak alam sekitar (EIA) tahun 2023 terdapat tiga projek Ladang Hutan di bawah syarikat terlibat.

"Sebagai penggerak projek, selain dari kelulusan 141 hektar tanah tapak bandar perabot itu, kelulusan tersebut adalah sebanyak 1,169 hektar dengan pembahagian seperti berikut.

"Persoalan saya, apakah kelulusan Projek Ladang Hutan 1,169 hektar kepada syarikat berkenaan adalah sebahagian daripada komitmen usahasama kerajaan Kelantan untuk membolehkan bandar perabot ini menjadi kenyataan?.


"Saya amat mengharapkan kewujudan bandar perabot ini menjadi kenyataan walau cepat atau lambat," katanya.

Sebagai wakil rakyat Galas di Gua Musang beliau menaruh sedikit kebimbangan sekiranya nanti bandar perabot gagal, namun Projek Ladang Hutan sahaja yang menjadi kenyataan oleh pemaju atau penggerak projek.

"Sebagai ADUN Pembangkang BN di Kelantan, saya mahu perkara ini dijawab terus oleh kerajaan negeri.

"Saya mewakili suara semak dan imbang kerajaan Kelantan maka, menjadi tanggungjawab untuk bertanya," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2024 04:47 PM | Show all posts
timbalan mb mana skang
da kurang berbunyi skang ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
renko replied at 12-8-2024 04:47 PM
timbalan mb mana skang
da kurang berbunyi skang ni

Dah upgrade jadi speaker dun. Kalau masih jd timbalan mungkin heshe akan kata org gua musang toksei pembangunan tapi nak isle.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Perabot zaman skrg jenis ringan, portable, boleh lipat2, mudah dipasang, tahan lasak, goodbye lah brg berat2 plywood/berkayu2
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 08:10 PM | Show all posts
amboiii.....sibuk cubit kerja orang eh....homework sendiri dah siap?.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2024 12:38 AM | Show all posts
Undi walaun dapatlah delay ...

KB sentral ??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2024 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni semua salah federal
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2024 09:17 AM | Show all posts
Mungkin masih lagi diperingkat perancangan yang lebih mendalam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2024 09:18 AM | Show all posts
riyadhK replied at 12-8-2024 04:55 PM
Dah upgrade jadi speaker dun. Kalau masih jd timbalan mungkin heshe akan kata org gua musang tokse ...

hahahahaha tu la lama xnmpk bg kenyataan pelik2
da jd speaker rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2024 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
KB Sentral senyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2024 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Takkan lobai nk menipu...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2024 02:58 PM | Show all posts
xpayah la tuntut janji sebelom pru....merapu menipu jek semua
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2024 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Rajin nau pembangkang kelantan ni tanya macam2... like what for? Kelantanese votes are for pas only
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2024 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ipanimanz1 at 13-8-2024 05:26 PM

neggiri tu byk penggal dacing pegang. atm pun xdak. la ni bru nk buh. apatah lagi kilang nk msuk. lambertt lagi
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2024 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 13-8-2024 05:50 PM

Perabot leather okey la.

Suka produk buluh dari Kelantan...kalau boleh , buat ladang buluh di Kelantan.

Tambah dengan produk Nibong, Rotan dan Bertam.

Saya suka sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2024 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai... PH janji PM tak boleh jadi Menteri Kewangan pun PH tak mampu nak tunaikan... Bukan perlu pakai modal pun macam modal billiyun biliyun nak bina sebuah bandar industri. So tak payah beriya sangat la nak tuntut janji orang. Takde isu sangat dah ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.471462 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list