CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18022|Reply: 7

[Tempatan] Pulau di Dungun untuk dijual dengan harga RM28 Juta.Anda berminat?

[Copy link]
Post time 12-8-2024 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode



Pulau di Dungun untuk dijual dengan harga RM28 Juta



Jika anda pernah bermimpi untuk memiliki sebuah pulau peribadi di Malaysia, mungkin ini adalah masanya kerana terdapat sebuah pulau untuk dijual di Dungun, Terengganu.

Sebuah pulau kini ditawarkan dengan harga RM28 juta dan impian anda untuk menjadi ‘raja’ di pulau sendiri mungkin boleh direalisasikan.



Dikongsikan di laman media sosial X oleh @xirfnx, pulau ini bukan sahaja menawarkan ketenangan dan privasi, tetapi juga potensi pelaburan yang besar.


Dengan alam semula jadi yang cantik, pantai berpasir putih, dan air laut yang jernih, pulau ini adalah lokasi ideal untuk membina resort mewah, tempat percutian eksklusif, atau sekadar menjadi tempat beristirahat peribadi jauh dari hiruk-pikuk kota.

Pulau ini terletak di Dungun, Terengganu satu kawasan paling strategik di Malaysia dan berdekatan dengan pulau-pulau lain seperti Redang, Perhentian dan Kapas.


Dengan harga permintaan RM28 juta, ia mungkin nampak macam mahal, tetapi jika dibandingkan dengan nilai potensi dan peluang yang bakal diperoleh, ia sebenarnya satu pelaburan yang berbaloi.



Bayangkan memiliki tanah yang luas tanpa sebarang gangguan, dikelilingi keindahan alam yang sukar dicari ganti.


Untuk rekod, ini bukanlah pertama kali juala pulau di Malaysia berlaku. Tahun lalu, pulau-pulau di Sabah juga telah ditawarkan kepada orang luar untuk dimiliki dengan harga lebih murah iaitu RM18 juta.

Berdasarkan satu perkongsian di Facebook, sebahagian daripada pulau Pom Pom, berhampiran pulau Sipadan, Sabah ingin dilepaskan kepada sesiapa yang berminat.

Kawasan tersebut tidak didiami oleh sesiapa dan berkeluasan 7.3 ekar.




Berdasarkan laporan New Straits Times, setakat ini ada seorang individu yang serius untuk membeli hartanah berkenaan pada harga sedikit rendah daripada yang diiklankan.

Difahamkan, terdapat 19 pemilik yang memiliki tanah di pulau tersebut namun hanya satu kawasan sahaja yang diiklankan untuk dijual di Facebook.

Pulau Pom Pom terletak 30km timur laur Semporna dan terkenal dengan keindahan terumbu karang di sekitar pulau berkenaan. Airnya yang biru menjadikan pulau ini sangat indah dan tenang untuk didiami. Vc

Pulau di Dungun untuk dijual dengan harga RM28 Juta

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2024 12:42 AM | Show all posts
Alohaaaaa  
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2024 09:24 AM | Show all posts
Ada rezeki boleh beli
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2024 10:13 AM | Show all posts
milik siapa asalnya pulau tu? kenapa kerajaan negeri tak usahakan atau simpan aja? apa lah sangat 30juta tu banding pulau tu terlepas tangan.. kerabat2 ganu bukan nya tak mampu nak beli simpan jaga pulau tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2024 11:11 AM | Show all posts
kalau aku kaya nak jugak beli
private & sceluded



Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2024 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Terdesak sgt ke nk jual... biar je la kat situ
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2024 12:15 PM | Show all posts
loh..awat nak jual..reserve kan la..
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2024 12:40 PM | Show all posts
tiba-tiba teringat lagu ni

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.131475 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list