CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10523|Reply: 4

Lagi serangan pisau gemparkan UK, Seorang wanita dan anaknya ditikam

[Copy link]
Post time 13-8-2024 12:03 PM | Show all posts |Read mode






LONDON – Seorang lelaki ditahan selepas menikam seorang wanita dan anaknya yang berusia 11 tahun dalam serangan pisau di Leicester Square, London, lapor akhbar The Sun UK semalam.


Suspek yang dibawa dalam keadaan bergari oleh dua anggota polis, pada awalnya ditahan oleh seorang pengawal keselamatan.


Dia diberkas sejurus selepas seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dan ibunya, 34, ditikam di Leicester Square semasa waktu sibuk kira-kira pukul 11.34 pagi (waktu tempatan).


Kedua-dua mangsa tidak mengenali suspek manakala polis berkata, serangan itu tidak dianggap sebagai kes keganasan setakat ini.


Seorang saksi  memberitahu akhbar The Sun UK bahawa suspek dilihat mundar-mandir di kawasan tumpuan pelancong itu beberapa jam sebelum dia melancarkan serangan.


“Saya mendengar jeritan kanak-kanak dan kemudian pekerja keselamatan di kedai teh keluar dan bergelut dengan penyerang,” kata saksi berkenaan, Abu Tauhid, 35.


Menurut polis Metropolitan London, budak perempuan  itu masih dirawat di hospital, namun kecederaan yang dialami tidak mengancam nyawa, manakala ibunya hanya cedera ringan.


Pengawal keselamatan yang bertarung dengan suspek, Abdullah, 29, berkata, dia melompat dan merampas pisau lelaki tersebut.


“Kemudian beberapa orang lagi turut serta, dan kami menahannya sehingga polis datang,” ujar Abdullah. – AGENSI


SUMBER: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2024 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni kat Pakistan/UAE/Malaysia ke? Awat nama2 dlm berita ni ada Ahnad bagai?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2024 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Tingat pi sana beberapa tahun lepaih.. tgk muvi kat sana.. rega tikat 45 pound ka berapa.. fefeeling orka beli tiket mahai..
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2024 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang gila ada kat mana2
Yg US dgn senjata api
Yg UK dgn pisau
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 09:14 AM | Show all posts
kes serangan rambang mcm ni nt akan disalahkan org islam jugak,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.050552 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list