CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5489|Reply: 1

[Tempatan] 10 hari bicara 13 remaja bunuh pelajar kolej vokasional

[Copy link]
Post time 13-8-2024 03:48 PM | Show all posts |Read mode
Edited by akuMNdia at 13-8-2024 03:49 PM

Tawau: Tiga belas remaja didakwa di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun di Kolej Vokasional Lahad Datu, Mac lalu.

Dalam prosiding hari ini, kesemua tertuduh menjawab faham terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa dan mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datuk Duncan Sikodol.

Berikutan pengakuan itu, mahkamah menetapkan 10 hari tempoh perbicaraan dengan tarikh perbicaraan masing-masing bermula 18 hingga 20 November dan 25 hingga 29 November depan.

Pihak pendakwaan dijangka memanggil seramai 10 hingga 12 orang saksi untuk memberi keterangan sepanjang tempoh perbicaraan itu.

Sementara itu, kesemua tertuduh akan ditahan reman di Jabatan Penjara Tawau bermula hari ini sementara menunggu tarikh perbicaraan.

Terdahulu, kesemua tertuduh yang lengkap berpakaian serba putih tiba di perkarangan mahkamah pada jam 8.24 pagi dengan kenderaan polis.

Mereka yang berusia 16 hingga 19 tahun dituduh bersama-sama membunuh Mohammad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan di Bilik Asrama 7 Resak dan 5 Belian, Kolej Vokasional Lahad Datu pada kira-kira jam 9 malam 21 Mac hingga 7.35 pagi 22 Mac lalu.

Pada 2 April lalu, 13 pelajar berusia antara 16 hingga 19 tahun telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan secara bersama-sama membunuh Mohamad Nazmie, 17, di Bilik Asrama 7 Resak dan 5 Belian, Kolej Vokasional Lahad Datu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 24 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta tidak lebih 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Suhaimi Suryana bersama Timbalan Pendakwa Raya Hurman Hussain.

Sembilan daripada 13 remaja itu diwakili peguam Kamarudin Mohmad Chinki, Datuk Ram Singh, Amirul Amin Rashid dan Chen Wen Jye, manakala seorang remaja diwakili peguam Abdul Ghani Zelika dan tiga lagi tidak diwakili peguam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2024 04:19 PM | Show all posts
kes yg mcm sama dgn zulfarhan,

dah bunuh, pakaikan bj sekolah, gila betul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.382856 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list