CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28242|Reply: 3

[Tempatan] MP Langkawi kata Mencecah sehingga lebih 15,000 orang,Kerajaan Persekutuan perlu menyediakan penempatan baharu kepada penduduk Bukit Malut, Langkawi.Anda setuju?

[Copy link]
Post time 13-8-2024 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan perlu menyediakan penempatan baharu kepada penduduk Bukit Malut, Langkawi yang mempunyai kad pengenalan biru susulan kebanjiran warga Rohingya di penempatan berkenaan.



Ahli Parlimennya, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah berkata, ia berikutan keselesaan mereka sebagai penduduk asal disisihkan dan tidak dipedulikan.

Menurutnya, lokasi tersebut merupakan penempatan awal orang Melayu asli namun kebanjiran warga Rohingya mencecah sehingga lebih 15,000 orang.

“Penduduk yang ada kad pengenalan biru mempunyai hak seperti kita daripada segi pendidikan, kesihatan dan juga ekonomi negara.

Mereka juga satu kumpulan yang banyak menyumbang kepada ekonomi contohnya turun ke laut dan hasilnya disumbangkan kepada negara.

“Sebab itu saya timbulkan isu ini dan kerajaan perlu selesaikan. Saya cadangkan carilah penempatan baharu atau pertukaran tanah kerana Bukit Malut mempunyai tanah yang cukup cantik,” katanya kepada pemberita pada Khamis.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Pameran Pelancongan Langkawi yang bakal berlangsung selama tiga hari bermula 16 Ogos ini di pusat membeli-belah DatumJelatek.

Tambahnya, agensi yang bertanggungjawab perlu memainkan peranan untuk memastikan infrastruktur atau fasiliti kutipan sampah mencukupi sekali gus mengurangkan pembuangan sampah secara berterusan ke dalam laut.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2024 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
2 tahun lagi 30k taw
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2024 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai nye... camner boleh jadi macam tu?
Kalau haram kena lah hantar balik.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2024 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Hantor lah ke rumah saka kerala apanama punaisihat  PoeN hilang deposit fosil dinasor
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.054901 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list