View: 28067|Reply: 1
|
Bekas KPN sahkan anak saya tidak ditahan - Lim Guan Eng
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini berkata dakwaan anak lelakinya ditahan di Lapangan Terbang Changi Singapura empat tahun lalu, yang disebarkan oleh penulis blog Papagomo, dinafikan oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Lim, 64, berkata Abdul Hamid pada 14 Mac 2020 mengesahkan bahawa berita penangkapan Clint Lim Way Chau kerana membawa masuk RM2 juta ke Singapura tanpa mengisytiharkannya, seperti yang didakwa oleh Papagomo, atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, adalah palsu.
"IGP (Ketua Polis Negara) menafikan anak saya ditahan pihak berkuasa di Singapura. Beliau juga menafikan saya telah pergi ke lapangan terbang di Singapura untuk selamatkan anak saya.
"IGP mengesahkan ia sebagai berita palsu," kata beliau ketika disoal peguamnya Simon Murali dalam kes saman fitnah yang difailkan kedua-dua beranak itu terhadap Wan Muhammad Azri kerana mendakwa Way Chau membawa masuk RM2 juta ke Singapura tanpa mengisytiharkannya.
Ketika disoal peguam Logen Eskandar Abdullah, yang mewakili Wan Muhammad Azri, Lim berkata beliau tidak berada di Singapura pada hari kejadian seperti didakwa.
Logen: Kegagalan YB (Yang Berhormat) untuk melampirkan pasport sebagai bukti menunjukkan YB cuba menyembunyikan fakta sebenar bahawa kamu telah pergi ke Singapura pada 29 Februari 2020.
Lim: Ia tidak benar sama sekali Yang Arif. Hal ini kerana pasport saya diserahkan kepada mahkamah berhubung kes rasuah saya.
Mereka memfailkan saman terhadap Wan Muhammad Azri pada 15 Oktober 2020.
Ahli Parlimen Bagan yang juga bekas Menteri Kewangan itu mendakwa defendan, yang membuat hantaran di laman Facebook atas nama 'Papa Azri' pada 14 Mac 2020, menyebarkan penipuan apabila mendakwa beliau pergi ke Singapura selepas anaknya ditahan.
Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Eddie Yeo Soon Chye bersambung esok.
SUMBER: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
pelik pulak, ko nafi guna statement org len.
ko x ble tunjuk bukti apa2 ke ko xde kt singapore time tu.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|