CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29222|Reply: 2

[Tempatan] KWSP catat untung memberangsangkan

[Copy link]
Post time 13-8-2024 10:22 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 15-8-2024 10:29 AM

Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merekodkan jumlah pendapatan boleh agih sebanyak RM36.7 bilion bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2024, peningkatan 29 peratus daripada RM28.4 bilion dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Pendapatan boleh agih ini tidak termasuk keuntungan 'mark-to-market (MTM)' bagi sekuriti yang belum direalisasikan.

Jumlah pendapatan boleh agih KWSP bagi suku kedua selepas turun nilai kos adalah RM17.5 bilion, naik 25 peratus daripada RM13.98 bilion pada suku yang sama tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, keadaan pasaran yang menggalakkan di Malaysia dan global menyumbang kepada pertumbuhan 29 peratus dalam pendapatan boleh agih pada separuh pertama 2024, manakala aset di bawah pengurusan meningkat kepada RM1.21 trilion.

Katanya, asaran global seperti Amerika Syarikat (AS) pula mendapat manfaat daripada keadaan makroekonomi yang kukuh, penurunan inflasi dan jangkaan permulaan kitaran pengurangan kadar faedah.

"Walaupun keadaan pasaran yang agak tenang, risiko dilihat akan kekal berikutan penjualan baru-baru ini dalam pasaran global dan peningkatan mendadak dalam turun naik yang disebabkan oleh peserta pasaran yang melepaskan beberapa kedudukan yang tertumpu dan sesak.

"Sebagai pelabur jangka panjang, KWSP akan meneruskan strateginya untuk membina portfolio yang pelbagai didorong oleh alokasi aset strategiknya," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam suku dikaji, pelaburan ekuiti terus menjadi penyumbang utama pendapatan pada RM10.75 bilion selepas turun nilai kos, merangkumi 61 peratus daripada jumlah pendapatan boleh agih pada suku tahun dikaji.

Prestasi pasaran ekuiti yang lebih baik di pasaran domestik dan pasaran maju global telah memacu pertumbuhan pendapatan berbanding RM7.84 bilion yang dicatatkan pada suku kedua 2023.

Kelas aset ini, yang terdiri daripada Sekuriti Kerajaan Malaysia dan Bon Sama Taraf (MGS), serta pinjaman dan bon, menyumbang 33 peratus, atau RM5.72 bilion, kepada jumlah pendapatan boleh agih KWSP bagi suku kedua 2024.

Hartanah dan infrastruktur mencatatkan pendapatan RM500 juta, manakala instrumen pasaran wang menjana RM530 juta, sejajar dengan kadar faedah dan keuntungan semasa.

Setakat 30 Jun 2024, aset pelaburan adalah berjumlah RM1.211 trilion, di mana 38 peratus dilaburkan dalam pelaburan luar negara.

Pada suku kedua, pelaburan luar negara KWSP menjana RM8.64 bilion atau 49 peratus daripada jumlah pendapatan boleh agih yang direkodkan.

KWSP memperuntukkan lebih 80 peratus daripada peruntukan tahunan pelaburan baharunya kepada pasaran domestik, dan kekal komited dalam menyokong dan menyumbang ke arah mencapai matlamat yang digariskan dalam rangka kerja Ekonomi MADANI.

Daripada jumlah pendapatan boleh agih, RM31.34 bilion dijana untuk Simpanan Konvensional dan RM5.36 bilion untuk Simpanan Shariah.

Ahmad Zulqarnain berkata prestasi kukuh ekonomi domestik mencerminkan daya tahan dan potensi pertumbuhan Malaysia, didorong oleh pasaran buruh yang sihat, dasar kerajaan yang menggalakkan dan kitaran teknologi global.

"Tinjauan ekonomi Malaysia dilihat kekal positif. Unjuran Bank Negara Malaysia (BNM) bagi pertumbuhan setahun penuh antara empat dan lima peratus dalam keadaan inflasi sederhana pada purata antara dua dan 3.5 peratus, menyokong iklim pelaburan yang positif," katanya.

Mengenai landskap ekonomi global, Ahmad Zulqarnain berkata pertumbuhan diunjurkan kekal stabil pada 2024, dengan lebih banyak bank pusat dijangka mula melonggarkan dasar monetari pada separuh kedua tahun ini apabila inflasi terus berkurangan.

Pada separuh pertama 2024, KWSP menyaksikan 235,032 pendaftaran ahli baharu, menjadikan jumlah keahlian kepada 16 juta.

Sejumlah 8.6 juta adalah ahli aktif, yang kini mewakili 50 peratus daripada 17.15 juta tenaga buruh Malaysia.

Pendaftaran majikan baharu yang direkodkan dalam tempoh itu ialah 37,284, menjadikan jumlah majikan aktif berdaftar dengan KWSP kepada 610,357.

Jumlah caruman yang diterima meningkat daripada RM50.48 bilion pada separuh pertama 2023 kepada RM57.35 bilion pada separuh pertama 2024.

Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

 Author| Post time 15-8-2024 10:29 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 01:01 PM | Show all posts
kah-ching!!!!!......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

Forum Hot Topic

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.300221 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list