View: 18015|Reply: 7
|
Empangan Timah Tasoh mampu bertahan 3 bulan jika cuaca kering berterusan
[Copy link]
|
|
KANGAR: Takungan air di Empangan Timah Tasoh di Beseri, dekat sini direkodkan pada tahap 38.5 peratus dan dijangka mampu bertahan untuk tempoh tiga bulan sekiranya cuaca kering berterusan di Perlis.
Berdasarkan rekod Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, bacaan paras air di empangan itu sehingga semalam adalah 26.90 meter (m) iaitu di paras amaran.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Makanan negeri, Razali Saad berkata kerajaan negeri mengambil maklum keresahan 1,221 petani berhubung masalah tanaman padi mereka yang rosak dan tidak menjadi pada waktu ini.
"Ini berlaku terutama kepada petani di luar kawasan pengairan MADA (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda) yang meliputi kawasan Titi Tinggi, Beseri, Paya dan Bintong.
"Ia disebabkan sumber air bagi tujuan pengairan pertanian di Empangan Timah Tasoh tidak dapat dibekalkan ke kawasan itu disebabkan penurunan paras takungan empangan akibat cuaca kering sejak beberapa minggu lalu," katanya melalui kenyataan.
Beliau berkata, Empangan Timah Tasoh dengan keluasan 13.3 kilometer (km) persegi jika diambil kira aras takungan biasa iaitu 29.1m mampu menampung sehingga 40 juta meter kubik air.
Daripada jumlah itu, katanya 33.3 juta meter kubik air sahaja dapat digunakan bagi tujuan domestik iaitu secara puratanya adalah 75,000 kubik meter sehari.
"Ini diikuti 55 juta meter kubik setahun bagi pengairan kawasan pertanian seluas 3,075 hektar, manakala selebihnya adalah takungan mati.
"Empangan ini juga berfungsi untuk mengawal kejadian banjir pada musim hujan dan berdasarkan trend taburan hujan yang rendah dan cuaca kering di kawasan sekitar empangan sejak beberapa minggu lalu," katanya.
Tambah Razali lagi, berdasarkan ramalan cuaca oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, hujan dijangka lebih kerap berlaku semasa musim peralihan Monsun Barat Daya kepada Monsun Timur Laut antara Ogos hingga September.
"Sehubungan itu, paras air di Empangan Timah Tasoh dijangka kembali normal sekiranya hujan turun lebih kerap dalam tempoh itu.
"Namun jika trend cuaca kering ini berpanjangan, kita (kerajaan negeri) bersedia dan akan ambil tindakan sewajarnya.
"ermohonan bagi operasi pembenihan awan sudah dikemukakan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan kita sedang menunggu kelulusan serta penyelarasan daripada pihak terbabit," katanya.
Razali berkata, kerajaan negeri akan mengadakan solat sunat Istisqa untuk memohon hujan di takungan Empangan Timah Tasoh.
Di sampimg itu, Jabatan Pertanian negeri dan Lembaga Pertubuhan Peladang akan membuat bancian kepada petani yang terjejas akibat cuaca kering bagi tujuan penyaluran bantuan melalui tabung bencana mengikut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
SUMBER: Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
aku tengok mcm takde apa apa strategi je sama ada kerajaan negeri atau pusat pasal empangan atau takungan air ni semakin berkurang, semua mcm pasrah je |
|
|
|
|
|
|
|
ade bajet ke negeri lobai??
|
|
|
|
|
|
|
|
Orang dah hujan, dia kering lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudah segala urusan, tempat lain sudah mula turun hujan |
|
|
|
|
|
|
|
Ada je hujan kt Perlis nih tp dia datang mcm kuda kata org. Kejap kt sana, kejap kt sini. |
|
|
|
|
|
|
| |
|