View: 3979|Reply: 3
|
“Sedang Rangka Undang-Undang Mengenakan Denda Ke Atas Lelaki Masuk Koc Wanita” – Anthony Loke
[Copy link]
|
|
Melalui laporan Free Malaysia Today (FMT), kerajaan ketika ini sedang merangka undang-undang untuk mengenakan denda ke atas lelaki yang memasuki gerabak merah jambu, dimana ia khas untuk wanita sahaja.
Hal itu dimaklumkan oleh Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook susulan penyedia perkhidmatan komuter seperti KTMB dan MRT meminta agar meningkatkan pemantauan terhadap gerabak wanita.
Dalam pada itu, polis bantuan di stesen kereta api dan MRT turut akan lebih kerap meronda untuk memantau daripada di ceroboh oleh mana-mana lelaki.
"Kami sedang merangka peraturan untuk mengenakan denda. Buat masa ini, tiada peraturan kita boleh mendenda lelaki yang mengabaikan gerabak wanita yang ditetapkan."
Anthony Loke juga meminta agar kaum lelaki untuk menghormati gerabak wanita agar mereka dapat menaikinya dengan selamat serta selesa.
Sumber: Beautifulnara |
|
|
|
|
|
|
|
Undang undang tanpa perlaksanaan ketat pun takda guna.. |
|
|
|
|
|
|
|
Buat rules jugak pompuan2 kena penuhkan koc wanita dulu bukannya berkuntum kat normal coach as default. Yg laki ni nak gi mana lagi kalau penuh. Kang berlaga bontot, terlanggar tetek terus kena cop sexual harrassment siap viral lagi. Hanatt...!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|