CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 53482|Reply: 0

[Johor] Pemandu bas maut, 12 cedera kemalangan tiga kenderaan

[Copy link]
Post time 16-8-2024 12:08 AM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA bomba melakukan operasi menyelamat susulan kemalangan tiga kenderaan di Kilometer 49.4 Lebuhraya Utara Selatan di Kulai. FOTO Ihsan Bomba.
Kulai: Tidak sempat memperlahankan bas ekspres dipandu menyebabkan berlakunya kemalangan tiga kenderaan di Kilometer 49.4 Lebuhraya Utara Selatan, di sini, hari ini.

Kejadian pada 2.30 pagi itu menyebabkan pemandu bas yang berusia 48 tahun meninggal dunia, manakala 11 penumpang dan pemandu lori cedera.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tan Seng Lee berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada bas berkenaan yang datang dari arah Kuala Lumpur menghala Johor Bahru.

"Ketika lalu lintas bergerak perlahan, pemandu bas dipercayai tidak sempat memperlahankan kenderaan dan terlanggar belakang lori jenis Nissan, sebelum lori itu bergerak ke hadapan dan terlanggar belakang lori Scania.

"Pemandu bas itu cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala enam penumpang bas dirawat di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

"Enam mangsa lagi (termasuk pemandu lori) dirawat di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, di sini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.912481 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list