View: 35451|Reply: 15
|
Kementerian Pengangkutan (MOT) sedia bantu Pahang bina Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan
[Copy link]
|
|
KUANTAN: Kementerian Pengangkutan sedia membantu kerajaan Pahang merealisasikan rancangan membina Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan (KIA), kata menterinya, Anthony Loke.
Beliau bagaimanapun berkata setakat ini, pihaknya masih lagi belum menerima sebarang permohonan Lesen Pengendali Aerodrom daripada pemaju projek, iaitu aspek penting yang perlu ada sebelum meneruskan pembangunan lapangan terbang berkenaan.
Katanya, sebaik permohonan lesen tersebut diterima, kementerian akan melakukan kajian dari segi trafik sama ada lokasi yang bakal dibangunkan itu bersesuaian atau sebaliknya, kerana ia merupakan sebahagian daripada Kajian Pelan Strategik Lapangan Terbang Negara (NASP).
"rojek ini ialah projek pelaburan swasta. Ini bukannya projek di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT). Kita boleh memudah cara. Apa yang diperlukan ialah mereka mendapat kelulusan daripada Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN).
"Selepas itu, mana-mana syarikat atau pemaju projek tersebut perlu memohon lesen aerodrom daripada MOT.
"Itu ialah proses biasa yang terpakai kepada semua pihak. Setakat ini, saya difahamkan mereka (pemaju) masih dalam proses memohon lesen tersebut, kalau ada permohonan, tentu kementerian akan proses," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan projek pembinaan KIA selepas hadir Persidangan Antarabangsa Pelabuhan Kuantan 2024 sempena Ulang Tahun ke-50 Pelabuhan Kuantan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah di sini hari ini.
Projek itu yang sepatutnya bermula tahun lepas dan dijangka beroperasi pada 2026, masih belum lagi memulakan pembinaannya setakat ini.
Loke berkata hasrat kerajaan Pahang untuk membina lapangan terbang tersebut memandangkan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah di sini, di kawasan milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sekali gus mewujudkan kekangan.
"Kerajaan Pahang sudah lama lama menyatakan hasrat ingin melihat satu (lagi) lapangan terbang penerbangan awam secara khusus. Ia banyak kekangan sebab berkongsi dengan landasan Tentera Udara.
"Jadi untuk jangka masa panjang, sekiranya dibangunkan satu lapangan terbang khusus untuk penerbangan awam, memanglah satu yang baik dan membawa kemajuan kepada Pahang kerana ia akan menjadi laluan kepada Pantai Timur," katanya.
Rancangan pembinaan lapangan terbang itu, diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada Oktober 2021, yang semasa itu memaklumkan secara dasarnya ia telah dipersetujui MPFN dengan kerajaan negeri diminta membuat kajian mendalam berhubung projek itu.
Pada 6 Julai 2022, Wan Rosdy berkata pembinaan lapangan terbang dengan kos RM2 bilion itu akan menjadi sebahagian daripada rancangan pembangunan bercampur bandar aeroangkasa di Gebeng di sini, membabitkan kawasan seluas 5,042 hektar yang disifatkan sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi Pahang.
Sumber: Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
yang dah ada tu pun bape kali seminggu je pakai pun |
|
|
|
|
|
|
|
Lapangan terbang antarabangsa kulim pulak macam mana |
|
|
|
|
|
|
|
pelabor takod tengok muka nusi ... |
|
|
|
|
|
|
|
Airport yg ada tu pun mcm taxi stand kat ulu tembeling, lg nk jdkan international airport?? Ingat bijak sgt lettew.. |
|
|
|
|
|
|
|
Semua negeri dapat lapangan terbang antarabangsa! Barulah adil.Sedangkan Melaka pun ada sebiji walaupun tiada penumpang.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Perlu ke setiap negeri nak international airport? Satu koridor pembangunan satu international airport sudah. |
|
|
|
|
|
|
|
ntah..otak letak kat mana? lutut?...Flight ke KL pun tak sempat nak kentut.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kuantan tu high traffic ke? Selama ni ade ke airlines yg berminat buat International flight direct route ke sana?
Kalau penang, ada direct route SIN-PEN, HKG-PEN etc. because of corporate travellers and tourism.
Kuantan ada corporate travellers/tourists ke yg boleh justify buat International Airport ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
Buat le kulim dulu .. kedah lagi awal minta kot pahang ni mcm krik2 je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Org yg minta dulu tak dilayan siap dihalang2 yg krik2 pulak dioffer |
|
|
|
|
|
|
|
Kedah yang minta tapi Pahang yang dapat? Pemimpin bangsat |
|
|
|
|
|
|
|
setuju dgn semua pendapat di atas. Siapa yang pernah duduk di Kuantan tau la kan bertapa tak perlunya dibesarkan airpot di bt 9 itu. Lain la di zaman pewaja ^ petronas ada flight terus ke Singapore.
Share jer la dgn kem askar. BTW kalau lulus tokey cina mana la yang labur $$$? kerabat kerabat jadi ali-baba dan kaya raya |
|
|
|
|
|
|
|
Aku sempat la fly ke Singapore zaman ada direct flight dulu. BBNU mungkin tak tau kot.
Nak buat international facility tak semestinya kena buat airport baru. Buat partition ja pun boleh.
|
|
|
|
|
|
|
|
kulim tu buat dulu.. strategic mro port pastu nak bawak kargo je pun.. tak kan nak tapau bagi semua kt penang tu, dah lah kecik.. tamak gile
geng dia kalau pegang kuasa mmg dia tak bagi org lain naik, dimonopoly semua.. pandai berniaga katanya |
|
|
|
|
|
|
| |
|