CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30078|Reply: 3

[Politik] Dikalahkan BN, PAS masih tidak puas hati

[Copy link]
Post time 18-8-2024 09:52 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 19-8-2024 09:42 AM

KUALA LUMPUR – ‘Rumah siap, pahat masih berbunyi’, itu perumpamaan yang sesuai diberikan kepada Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad yang mendakwa kemenangan Barisan Nasional (BN) disebabkan salah guna agensi kerajaan.


Ahli Parlimen Bagan Serai itu mendakwa, beliau melihat sendiri suasana agensi-agensi kerajaan sepertimana Felcra, Kesedar di bawah Kerajaan Pusat digunakan tanpa segan dan malu oleh parti kerajaan.


“Saya berada di sana lebih seminggu dan dapat lihat secara dekat suasana yang ada. Digunakan agensi-agensi kerajaan sepertimana Felcra, Kesedar di bawah Kerajaan Pusat dengan tanpa segan dan malu.


“Begitu juga dengan penggunaan agensi JAKOA yang menguruskan kebajikan hal ehwal Orang Asli yang digunakan sepenuhnya untuk memastikan ‘fixed deposit’ UUMNO-BN yang memang selama ini sudah pun ada dan digandakan lagi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Dalam pada itu, Idris berkata, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri adalah pertembungan antara jentera parti politik Perikatan Nasional (PN) yang berdepan dengan kerahan jentera dan agensi Kerajaan Persekutuan.


Jelasnya, persaingan tidak berlaku antara parti dengan parti, yang mana perkara tersebut dilihat jelas dilakukan BN ke atas jentera dan agensi kerajaan yang lebih bersifat survival politik seseorang pemimpin.


Pada PRK semalam, BN berjaya merampas kembali kerusi tradisinya itu di Kelantan, selepas calonnya menang menewaskan calon PN, dalam saingan satu lawan satu.


Calon BN, Mohd Azmawi Fikri, 38, menang dengan memperoleh 9,091 undi menewaskan pencabarnya daripada PN, Mohd Rizwadi yang meraih 5,739 undi.


Azmawi yang juga Ketua Pemuda UMNO Kelantan dan Gua Musang yang mesra dengan panggilan Awie menang dengan majoriti 3,352 undi.


Berdasarkan keputusan kiraan, BN memenangi 17 daripada 20 pusat daerah mengundi (PDM), manakala PN pula hanya menguasai tiga PDM. – MalaysiaGazette


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2024 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 10:09 AM | Show all posts
Derang ni kan, buat benda confident menang.  Bila kalah semua orang lain yg salah.  Dah tu koram yg lepaskan kerusi tu dulu sapa suruh.  Btw, ni just kusi Dun je pun.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 10:34 AM | Show all posts
klu dah guna istilah 'fixed deposit' patutnya dah taulah tu kalah. meroyan banyak pun tak guna.... senang shj pun, cuba cerita apa yang dah ditawarkan secara nyata dan secara janji dari pihak sendiri dan bandingkan dengan pihak lawan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.147511 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list