KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia melonjak 1.53 peratus hari ini, dengan indeks komposit berakhir pada paras tertinggi dalam 44 bulan, didorong oleh sentimen positif susulan data ekonomi tempatan yang kukuh.
Pada penutup dagangan, FTSE Bursa Malaysia KLCI (KLCI) naik 24.80 mata kepada 1,648.70 daripada 1,623.90 ketika ditutup pada Jumaat.
FBM KLCI, yang menerajui peningkatan indeks serantau, terdahulu melonjak ke paras tertinggi intra day pada 1,653.35, mencecah paras yang belum pernah dicapai dalam tiga tahun dan lapan bulan, yang ditutup 1,652.49 pada 18 Dis, 2020.
-Astro Awani
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 20-8-2024 03:26 PMFrom the mobile phone|Show all posts
maklukpenggoda replied at 20-8-2024 09:30 AM
- ekonomi bertambah baik
- ekonomi mmg sentiasa bertambah baik.. sejak dari pentadbiran bawah pm2 dulu pun ekonomi sentiasa bertambah baik
- pelaburan menderu masuk
- menderu masuk hanya selepas penggal kali ni dpt kuasai dua pertiga parlimen, so tak pelik la kan.. dibantu pula dgn pengaruh zafrul aziz, lagi la tak pelik.. walaubagaimana menderu masuk sekalipun, tetap tidak memberi impak positif menyeluruh kepada segenap lapisan masyarakat
- ringgit mengukuh
- kos sara hidup pun naik melonjak sekali... apa guna ringgit mengukuh sekiranya kos sara hidup pun naik melonjak tinggi... kenapa la kebanyakan netizen ni bodoh sangat nak pahamkan pasal ringgit mengukuh ke tak mengukuh
- gaji penjawat awam naik
- perbelanjaan mentadbir negara pun ikut sama naik sekali.. kalau dulu, puak politik tertentu akan 'berguling2 berdemo membantah' kenaikan kos perbelanjaan pentadbiran kerajaan
- gaji sektor swasta dalam progres dinaikkan
- bos2 swasta kena tekanan nak naikkan gaji staff, sepatutnya kerajaan mewujudkan suasana yg kondusif bagi pihak swasta lebih berupaya dptkan keuntungan yg lebih.. ini lebih kepada menekan pihak swasta je
- islam diperkasa
- isu gip-blackrock dan rimpac pun kecut menikus... islam diperkasa kat mana pun tak tau la
- ruu355 otw
- ruu355 datang dalam keadaan berguling2 sekalipun tidak dapat perbaiki segala kelemahan2 kerajaan sekarang ni
- harga getah, sawit, padi lebih kukuh
- impak positif yg sangat minimum terhadap rakyat marhaen
- flip pertama di nenggiri
- semakin banyak bukti yg menunjukkan rakyat semakin celik politik utk tidak taksub terhadap mana2 politikus atau pihak politik tertentu... ada juga dalam kalangan rakyat yg semakin celik politik utk tidak mengundi sekiranya tidak mengundi itu adalah lebih baik daripada mengundi.. ini satu perkembangan yg positif
nak pertikai apa lagi? nikmatilah
- 'kencing' tidak semestinya bermaksud menipu... sebaliknya 'kencing' dlm politik adalah gebang politik yg merupakan naratif tertentu yg dimainkan bagi menimbulkan rasa kagum dalam kalangan rakyat terhadap politikus2 ataupun pihak politik tertentu.. rakyat yg naif, walaupun hati nurani mereka baik, dan juga rakyat yg bodoh yg akan 'minum' atau 'terminum' 'kencing' politikus2 ni.. jadilah rakyat yg bijak iaitu rakyat yg tidak 'minum' atau 'terminum' 'kencing' politikus2 ni