View: 42209|Reply: 15
|
Di mana Muhammad Danish? Hilang sejak Sabtu lalu. Ahli keluarga rayu orang ramai salur maklumat
[Copy link]
|
|
GEORGE TOWN – Ahli keluarga Muhammad Danish Syamil Jusfaridan, 21, merayu orang ramai menyalurkan maklumat bagi mengesan pemuda itu yang hilang sejak Sabtu lalu.
Bapanya, Jusfaridan Azizat, 48, berkata, anaknya keluar dari rumah bekas isterinya di Bukit Jambul tanpa memaklumkan lokasi ditujui.
“Kali terakhir Danish dilihat berada di Nibong Tebal. Saya sudah berkali-kali menghubunginya, namun telefon bimbitnya dimatikan.
“Saya juga sudah berhubung dengan rakan-rakannya tetapi mereka juga tidak tahu di mana Danish berada. Kali terakhir kami berjumpa pada Ahad lalu, dia belanja saya dan adiknya makan.
“Pada masa itu dia kelihatan ceria seperti tiada masalah,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut Jusfaridan, anak lelakinya yang bekerja di sebuah kedai di Relau tidak pernah menghilangkan diri dalam tempoh lama sebelum ini.
“Dia anak yang baik, tidak pernah buat hal yang tidak menyenangkan hati kami. Kami bimbang keadaannya dan memohon orang ramai menyalurkan maklumat jika ternampak Danish. Laporan polis juga telah dibuat tengah malam tadi,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Danish boleh menghubungi bapanya di talian 012 535 1349 atau balai polis berhampiran.
Sumber: KOSMO! ONLINE. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa hari2 org hlg je ni..adoiiiiiii stress laaa |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by bpbbppbp at 19-8-2024 10:45 PM
Semoga danish dijumpai selamat Insyaallah amiin.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bekas isteri anak ke bekas isteri si bapak? Konpius iols |
|
|
|
|
|
|
|
Mudanya dh ada bekas isteri |
|
|
|
|
|
|
|
Oh malaysia ku. Musim orang hilang |
|
|
|
|
|
|
|
gurlfriday replied at 19-8-2024 10:28 PM
Kenapa hari2 org hlg je ni..adoiiiiiii stress laaa
Wartawan dah semakin rajin kot.. Sama je dulu pon ramai tapi hype ni bermusim. I think polis pon dah makin mesra ngan wartawan. |
|
|
|
|
|
|
|
berita org hilang lagi.. hati2 semua.. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga dpt dijumpai dgn selamat...
taknak fikir yg negatif sbb risau dgn keadaan skrg... |
|
|
|
|
|
|
|
risau xciden je, masuk gaung, longkang, sungai, laut. kena cari laluan2 budak ni lalu dulu . mcm dr rumah ke tmpt kerja ke |
|
|
|
|
|
|
|
Menurut Jusfaridan, anak lelakinya yang bekerja di sebuah kedai di Relau tidak pernah menghilangkan diri dalam tempoh lama sebelum ini.
ape sblm ni pernah ke
cuma sekejap?
mcm forummer ats kata
track balik last pergerakan dia
mmg ada kes sblm ni berjaya ditemui bila buat mcm tu
|
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab: Bekas isteri anak ke bekas ist ...
Kdg2 konpius gak ayat BM , aku rs bekas isteri ayah ( mak ayah bercerai kot) , klu nk ckp 'dari rumah ibunya' dh jd rumah nenek yg hilang ni pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Banyaknya berita org hilang setiap hari. Semuanya mengerikan. Memang dah tak selamat ke sekarang ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Ualls..takde bukak benang pasal ni ke? Kesian budak2 ni terperangkap punya lama dalam lif.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|