View: 22024|Reply: 7
|
[Tempatan]
Malaysia, Iran dan Hamas setuju gencatan senjata, perdamaian dipelapori negara penting
[Copy link]
|
|
Malaysia, Iran dan Hamas setuju gencatan senjata, perdamaian dipelapori negara penting
Rohaniza Idris - Ogos 20, 2024 @ 8:47am
[email protected]
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa mengadakan perbincangan melalui panggilan telefon dengan Presiden Iran, Dr Masoud Pezeshkian dan ahli Biro Politik Hamas, Dr Basem Naim, lewat petang semalam sebelum berlepas ke India untuk lawatan rasmi. - Foto Facebook Perdana Menteri.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia menyokong penuh usaha merealisasikan gencatan senjata dan perdamaian berpanjangan di Gaza yang sewajarnya
dipelopori negara penting termasuk Turkiye, Qatar dan Iran.
Perdana Menteri berkata, perkara itu dipersetujui Malaysia bersama Iran dan Hamas dalam perbincangan bersama tiga pihak melalui panggilan telefon, lewat petang semalam.
Katanya, sebelum berlepas ke India, beliau sempat menghubungi Presiden Iran, Dr Masoud Pezeshkian dan ahli Biro Politik Hamas, Dr Basem Naim, membincangkan perkara itu.
"Bicara kami menyentuh beberapa usaha penting terkait gencatan senjata dan perdamaian berpanjangan di Gaza.
"Saya juga menyatakan sokongan penuh kerajaan Malaysia terhadap usaha itu yang sewajarnya dipelopori oleh negara-negara penting termasuk Turkiye, Qatar dan Iran," katanya dalam hantaran di media sosialnya, hari ini.
Anwar berkata, beliau juga setuju dengan cadangan Turkiye untuk menghimpunkan pimpinan dunia Islam menerusi sidang tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Katanya, sidang tergempar itu bagi menyelaras gerakan dan mengenakan tekanan lebih hebat terhadap Amerika Syarikat serta sekutunya, supaya mendesak rejim Zionis Israel segera menghentikan serangan dan pengeboman di Gaza," katanya.
Beliau berkata, Kerajaan Iran dan Hamas senada dan menyokong inisiatif itu termasuk cadangan menjemput negara bukan Islam yang turut mendukung keadilan dan memperjuangkan hak kemanusiaan buat rakyat Palestin seperti Afrika Selatan, Brazil, Sepanyol, Ireland dan Portugal.
Dalam masa yang sama, Malaysia bersama Iran dan Hamas setju usaha mewujudkan perdamaian di Semenanjung Gaza perlu bermula dengan rejim Israel menghentikan sepenuhnya serangan dan kekejaman terhadap rakyat Palestin.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Woww going down the Imam Mahdi route kah yinnih? |
|
|
|
|
|
|
|
aku cuba cari kata2 kunci yg penting yg betul2 bermakna dalam artikel di atas... tapi tak jumpa...
trump lagi efektif bagi menghentikan konflik di timur tengah |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan cam pak jokowi dapat penghargaan tertinggi dari felestin |
|
|
|
|
|
|
|
Acaner tu
Kalau israel tak setuju tak guna gak |
|
|
|
|
|
|
|
Trump boleh jadi middle person saja... Bukan puppet sebab SOIL YANG DI CLAIMED SEKARANG MILIK KEPADA ISRAEL walaupun di panggil tanah haram israel itu tidak valid... Hamas coba dapat semula dengan cara perang... Tetapi bukan fattah... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nusaraya at 21-8-2024 12:51 PM
PMX Imam Mahdi sudah X malu-malu lagi menunjukan TARINGNYA ...
Pasti seluruh umah bani tamim bangsa melayu mahawangsa turut bangga atas prestasi besar dan phenomenal Pemimipin Besar dan Penguat Kuasa Dunia Islam serta Alam Melayu di politik dunia .....Hal ini membuktikan hanya tinggal selangkah bansa melayu mahawangsa diakui sebagai Bangsa yang Maha Besar, Maha Mulia, Maha Suchi dan Maha Kuasa mentrasnformasi Malaysia sebagai "Single Super Power" dunia seperti yang diklaim dan dipropagandakan selama ini ...Hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Tiba2 Malaysia jd hero ke cane... |
|
|
|
|
|
|
| |
|