CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26165|Reply: 0

Kapal China, Filipina 'bertembung' di Laut China Selatan

[Copy link]
Post time 20-8-2024 11:57 AM | Show all posts |Read mode


Gambar serahan Pengawal Pantai Filipina semalam menunjukkan kerosakan pada badan kapal BRP Bagacay susulan 'pertembungan' dengan kapal pengawal pantai China dekat Beting Sabina di perairan dipertikai Laut China Selatan dinihari semalam. - Gambar AFP

BEIJING: Kapal-kapal Filipina mengalami kerosakan teruk semalam dalam pertembungan dinihari dengan kapal China berhampiran terumbu yang dipertikai, menurut pengawal pantai Manila, manakala Beijing meningkatkan usaha untuk menuntut kedaulatan sepenuhnya di Laut China Selatan.

China dan Filipina kerap berkonfrontasi di perairan terbabit sejak beberapa bulan lalu, termasuk di sekitar kapal perang yang terkandas beberapa tahun lalu oleh Manila di Beting Thomas Kedua yang dipertikai yang menempatkan sebuah garison.

Beijing terus mendesak tuntutannya terhadap hampir keseluruhan Laut China Selatan walaupun tribunal antarabangsa memutuskan dakwaannya tidak berasaskan undang-undang.

Kedua-dua negara semalam mendakwa kapal pengawal pantai mereka bertembung dekat Beting Sabina yang dipertikai, kira-kira 140 kilometer barat pulau Palawan Filipina dan kira-kira 1,200 kilometer dari pulau Hainan China.

Manila berkata, ia merupakan tindakan ganas pertama oleh Beijing terhadap kapalnya berhampiran Sabina di mana kedua-dua pihak telah menempatkan kapal pengawal pantai sejak beberapa bulan lalu dan di mana Filipina khuatir China akan membina sebuah pulau buatan.

Komodor Jay Tarriela, jurucakap pengawal pantai Manila, mendakwa kapal China telah melanggar hingga berlubang badan kapalnya BRP Bagacay semasa pertembungan pertama.

Pertembungan kedua kemudian menyebabkan kapal Manila kemek dan merosakkan besinya, tambah beliau.

Dalam pertembungan berasingan, kapal kedua Filipina BRP Engano, berlubang selebar 1.1 meter pada bahagian kanan badannya selain mengalami kerosakan ekzos enjin, tambah Tarriela.

Manila juga memaparkan imej menunjukkan kerosakan teruk kapal-kapal terbabit mengikut kenyataan Tarriela.

Jurucakap pengawal pantai China Gan Yu bagaimanapun menuduh kapal Filipina bertindak dalam cara yang berbahaya dan tidak profesional sehingga mengakibatkan pertembungan terbabit.

"Pengawal Pantai China mengambil langkah terkawal terhadap kapal Filipina selaras dengan undang-undang," tegasnya.

Rakaman insiden tersebut yang dikeluarkan China menunjukkan sebuah kapal yang dikenal pasti sebagai milik Filipina bergesel pada bahagian kiri sebuah kapal China sebelum belayar pergi.

Satu lagi klip video 15 saat menunjukkan kapal China bergesel dengan bahagian belakang kapal Filipina.

Beijing menuduh kapal Filipina memasuki 'perairannya' secara haram tanpa kebenaran dan sengaja bertembung dengan kapalnya.

"Kami memberi amaran keras kepada pihak Filipina untuk menghentikan serta-merta pencerobohan dan provokasinya," tambah Gan.


Malaya (tiga kiri) dan Tarriela (dua kanan) serta para pegawai lain membincangkan insiden terbaharu di antara kapal Filipina dan China di Laut China Selatan semasa menghadiri forum di Manila, semalam. - Gambar AFP

Penolong ketua pengarah Majlis Keselamatan Negara Filipina Jonathan Malaya bagaimanapun mempertikai kenyataan China dan memberitahu wartawa bahawa pelanggaran itu bukan dilakukan BRP Bagacay tetapi sebaliknya.

"Bukti fizikal membuktikan keterangan kami bahawa BRP Bagacay dirempuh dua kali oleh kapal pengawal pantai China dan mengalami kerosakan kecil pada strukturnya," tambah Malaya.

Agensi berita negara Xinhua melaporkan bahawa kejadian itu berlaku pada jam 3.24 pagi Isnin waktu tempatan.

Ia juga berkata, kapal pengawal pantai Filipina kemudiannya memasuki perairan berhampiran Beting Thomas Kedua sekitar jam 6 pagi.

Beting itu terletak kira-kira 200 kilometer dari Palawan dan lebih 1,000 kilometer dari Hainan.

Kru kapal Filipina itu bagaimanapun tidak cedera dan meneruskan misi mereka untuk menambah bekalan pulau-pulau garisonnya di Kepulauan Spratly, tambahnya.

Pasukan Tugas Negara Manila di Laut Filipina Barat menuduh kapal-kapal China melakukan pelayaran agresif yang melanggar undang-undang berhampiran Beting Sabina. - AFP


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.880506 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list