CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12222|Reply: 6

[Tempatan] Lebih 2 tan kobis panjang dari Singapura dicemari kumbang perosak

[Copy link]
Post time 21-8-2024 12:48 PM | Show all posts |Read mode
Lebih 2 tan kobis panjang dari Singapura dicemari kumbang perosak
Oleh Mary Victoria Dass - Ogos 21, 2024 @ 10:33am
[email protected]


MAQIS Johor mendapati bekalan kobis panjang yang masuk dari Singapura mengandungi serangga perosak jenis Phyllotreta. Gambar ihsan MAQIS


KOTA ISKANDAR: Sebanyak 2,160 kilogram kobis panjang yang dibawa masuk dari Singapura ke negara ini, dikesan dicemari serangga perosak atau kumbang jenis Phyllotreta spp.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor, Edie Putra Md Yusof, berkata perkara itu dikenal pasti apabila pihaknya melakukan pemeriksaan terhadap sebuah lori dari Singapura di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah, di sini kelmarin.

Beliau berkata, lori berkenaan didapati membawa pelbagai jenis sayuran termasuk 216 kotak sayur jenis kobis panjang yang bernilai keseluruhan RM6,800.

Menurutnya, hasil pemeriksaan yang dijalankan Pegawai Penguatkuasa MAQIS menemukan kobis panjang diimport bersama perosak disyaki dari jenis Phyllotreta spp yang masih hidup.


Katanya, konsainan terbabit ditolak kemasukannya dan Jabatan MAQIS mengarahkan kenderaan itu berpatah balik dan bekalan dihantar pulang ke negara asal.

"MAQIS mengarahkan mereka untuk berpatah balik.

"Perbuatan mengimport apa-apa jenis keluaran pertanian dengan perosak, penyakit atau bahan cemar adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14 Akta yang sama.

"Jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 6 tahun atau kedua-duanya sekali.

"MAQIS sentiasa komited menjalankan penguatkuasaan di pintu masuk bagi menjamin keselamatan keluaran pertanian yang masuk ke dalam negara dan mematuhi syarat serta peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan seterusnya memastikan biosekuriti makanan negara sentiasa terkawal," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2024 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
suruh patah balik je? bagi la sikit akta 728 tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 02:47 PM | Show all posts
Bagus MAQIS buat kerja dorang.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Huh....bg singapork blk lah, saman ka apa ka supplier tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelik plak sayur spore masuk msia...diorg tanam kat mana kat spore...ada ladang kobis ke. Patut msia yg supply utk diorg
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 03:35 PM | Show all posts
grouper replied at 21-8-2024 03:13 PM
Pelik plak sayur spore masuk msia...diorg tanam kat mana kat spore...ada ladang kobis ke. Patut msia ...

dari China kot. kapal sampai port Spore, Spore- Msia naik lori.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2024 03:59 PM | Show all posts
grouper replied at 21-8-2024 03:13 PM
Pelik plak sayur spore masuk msia...diorg tanam kat mana kat spore...ada ladang kobis ke. Patut msia ...

sbb tu kot perkataan yg digunakan dibawa masuk
instead of - import like mmg negara tu yg produced

phm iol gini lah


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 04:35 PM GMT+8 , Processed in 0.136432 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list