CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39721|Reply: 16

'Mereka tak mahu tinggalkan Palestin, rela mati di tanah air sendiri' - Mohamad

[Copy link]
Post time 21-8-2024 11:11 PM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mendedahkan rakyat Palestin yang dibawa ke Malaysia untuk diberikan rawatan kesihatan tidak mahu meninggalkan tanah air mereka, sebaliknya rela mati di tanah air mereka sendiri.


Beliau berkata, Malaysia terpaksa berbincang dengan pemimpin di Palestin untuk membawa mereka keluar, berikutan kapasiti fasiliti rawatan Hospital Medan di Mesir sudah penuh.


"Mereka (rakyat Palestin) tak mahu keluar. Mereka rela mati di tanah air sendiri. Bagi mereka, nak mati, matilah di tanah air sendiri.


"Saya bincang dengan pemimpin Palestin (untuk urusan bawa keluar ke Malaysia), tetapi mereka (pada awalnya) tak mahu pergi (keluar) walaupun ke Jordan (negara sempadan)," katanya pada sidang media selepas merasmikan perhimpunan sayap UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) di sini, malam ini.


Justeru, Mohamad berkata, sebaik selesai rawatan perubatan mereka di sini, kumpulan rakyat Palestin itu akan dihantar pulang semula ke sana.


"Kita janji (dengan mereka), kita bawa untuk beri sedikit bantuan dan kita (janji) mesti hantar mereka balik semula. Sebagai masyarakat antarabangsa dan negara yang prihatin, kita mempunyai hati dan perasaan," katanya.


Beliau berkata, usaha yang dibuat Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Mesir itu adalah untuk membantu meringankan penderitaan dihadapi rakyat Palestin khususnya di Gaza.


"Jangan risau (dakwaan di) negeri tertentu, kita akan hantar mereka (pulang) semula," katanya menjawab dakwaan pihak tertentu kononnya rakyat Palestin yang dirawat di Malaysia ketika ini akan terus menetap di sini sebagai pelarian.


Sementara itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin berkata, buat masa ini, belum ada cadangan misi kumpulan kedua membabitkan rakyat Palestin akan dibawa masuk mendapatkan rawatan di sini.


Katanya, sebarang perkembangan mengenai misi baharu akan dirundingkan dengan Mesir.


Jumaat lalu, seramai 41 rakyat Palestin yang cedera akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza, dengan diiringi 86 waris mereka selamat tiba di Pangkalan Tentera Udara (PTU) Subang, Selangor.


Ketibaan meraia dengan menaiki dua pesawat A-400M TUDM yang selamat mendarat, kira-kira jam 2.15 petang disambut Mohamad Khaled, sebelum dipindahkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur.




Sumber : Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2024 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Yer ler..

Ramai rekyat Mesia tak alu alukan mereka mai Mesia.

Balik pelestin dan mati di sana lebih baik
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab meka juga percaya automatik sahid jika mati di sana.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy: Sebab meka juga percaya automa ...


Berbeza sungguh dengan rohingya.menangis2 nak masuk negara orang dan tak nak pulang.dah duduk lama besar kepala
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 10:43 AM | Show all posts
eleh
nk cover balik le tu


Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagi satu sebabnye once ko kuar palestin mmg isnotreal takkan benarkan ko masuk balik. This is the issue masa the first displacement, ramai2 org palestin terkandas kt jordan, smpi skrang tak boleh nak masuk balik dah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-8-2024 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 22-8-2024 10:43 AM
eleh
nk cover balik le tu

Ada juga Palestinian yg duk sini kan...x pulak dia nk balik ke negara dia...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 10:54 AM | Show all posts
noor2 replied at 22-8-2024 10:53 AM
Ada juga Palestinian yg duk sini kan...x pulak dia nk balik ke negara dia...

nk syahid kt msia le tu



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2024 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahlaa masuk la jelaa semuanya hat mana negara bergolak tu
Aku nih dh la sakit hati ngn ummah pulau jawa tu tak abis2 ngata malaysia ni malaydesh la byk bangla bagai
Ehh selain bangla, bangsa korang gak yg bersepah2 semak kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 12:18 PM | Show all posts
Alhamdulillah.  Itulah sebaik2nya.  Tolong dan selepas perubatan, hantar pulang.  Negara kita pun dah padat sgt.  Sedangkan anak2 Rohingnya pun kita tak suka dan mahu mereka pulang, takkan disebabkan warna kulit, kita perlu double standard.  Untuk makluman, di negara2 Arab sana, tidak kurang jumlah anak2 dari negara Falestin ni berkelakuan seperti yang kita lihat anak2 Rohinngya di negara kita.  Tidak kurang juga wanita2 mereka meminta sedekah dari rumah ke rumah.  Jika diberi, maka akan ada serombongan lain dtg ke rumah kita sebagai easy target.  Kita beri sepuluh, diminta 50.  Diberi 50, diminta 100.  Pernah diberi 100, diminta 500!  Dan juga ada yang menggunakan surat hospital yang hampir seperti pembalut belacan untuk menagih simpati, sedang perubatan mereka di negara2 Arab tersebut adalah percuma, begitu juga makan minum dan tempat tinggal.  Semasa hari raya, anak2 akan berkumpul di stesen2 minyak untuk meminta duit raya dari para pelanggan......

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 03:06 PM | Show all posts
baik la mati syahid kat palestine tu dari mati merana kat malaysia ni...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 03:08 PM | Show all posts
asamfish replied at 22-8-2024 12:18 PM
Alhamdulillah.  Itulah sebaik2nya.  Tolong dan selepas perubatan, hantar pulang.  Negara kita pun da ...

minta maaf jika soalan ni kasar.....ni which part of negara arab eh....
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 05:37 PM | Show all posts
Perlu apanya bawa mereka ni ke Malaysia??
Tak cukup ke Malaysia ni dipenuhi warga asing?
Negro pun dah makin ramai, siap senang2 menyamun dan buat jenayah lagi
Pleaseeeeee lah....hantar mereka balik secepat mungkin
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 08:44 PM | Show all posts
cantthinkofany replied at 22-8-2024 03:08 PM
minta maaf jika soalan ni kasar.....ni which part of negara arab eh....

Eh...tak kasar lah...ok je....Negara arab yang selalu dituduh tidak membantu falestin oleh orang2 yang so called aku lah yang paling byk membantu dan oleh org2 falestin yang dibantu......

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 09:06 PM | Show all posts
Mereka tahu dinegara mereka berkemungkinan mereka akan mati, so kalau mereka takut mati sudah lama mereka dah tinggalkan negara mereka.  Sebab kalau mereka dah keluar, susah nak dapat balik semula sebab di checkpoint dah direject tak kasi masuk.  Sebab tu mereka takut nak meninggal negara syuhadah tu. Olehkerana mereka tak takut matilah zionis pening selain hairan kenapa doa orang Islam tu selalu dimakbulkan  -->  https://www.youtube.com/watch?v=8-CbgmH895g  tapi ada juga rabbi yg bukan zionist berterimakasih pada orang Islam yg dulu pernah menolong Israil seperti masa Nazi occupation di Albania dan Kosovo atau di Spain masa perang chrusades.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 09:07 PM | Show all posts
asamfish replied at 22-8-2024 08:44 PM
Eh...tak kasar lah...ok je....Negara arab yang selalu dituduh tidak membantu falestin oleh orang2  ...

kekdahnya.....thank youuuuu.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2024 12:53 PM | Show all posts
-----
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.463667 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list