CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25119|Reply: 18

[Tempatan] Tidak jadi bercuti ke London, wang tempahan masuk ‘poket’ bekas MB Perlis

[Copy link]
Post time 22-8-2024 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Oleh NORLIZAH ABAS
22 Ogos 2024, 6:07 pm


Azlan (dua dari kiri) ketika hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini. - Foto oleh M. FIRDAUS M. JOHARI / KOSMO!


KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu, sejumlah RM222,811.95 dimasukkan ke dalam akaun peribadi bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man selepas beliau membatalkan tempahan pakej percutian keluarga ke London, United Kingdom yang telah dibayar oleh kerajaan negeri pada 2016.

Abdul Rahim Halim, 47, berkata, kerajaan negeri meluluskan pembayaran berjumlah RM253,195.40 kepada syarikat pelancongan Aidil Travel & Tours Sdn. Bhd. untuk tempoh percutian dan perjalanan ke luar negara di antara 23 Disember 2016 hingga 1 Januari 2017.

Beliau yang ketika itu pengurus jualan di syarikat berkenaan berkata, selepas Azlan membatalkan tempahan percutian, sebanyak RM222,8111.95 dipulangkan dan dimasukkan ke dalam akaun peribadinya melalui cek.


Menurut saksi pendakwaan ketujuh (SP7), jumlah itu merupakan baki selepas ditolak caj perkhidmatan sebanyak 12 peratus.

“Percutian Menteri Besar Perlis pada tahun 2016 tidak berlaku, tetapi wang telah dipulangkan ke dalam akaun peribadi atas arahan Setiausaha Sulit Kanan (SUSK), Herwadey Hashim,” ujar beliau yang kini pengarah Corporate Travel Advisor Sdn. Bhd.

Abdul Rahim berkata demikian ketika membaca pernyataan saksi pada perbicaraan kes bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bintong itu yang berdepan 10 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu dan menerima wang hasil aktiviti haram.

Azlan, 65, berdepan lima pertuduhan berkaitan tuntutan palsu bagi kemudahan cuti seberang laut berjumlah lebih RM1.18 juta yang didakwa dilakukan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Kompleks Dewan Undangan Negeri, Persiaran Wawasan, Kangar antara Disember 2013 dan Disember 2017.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung esok. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2024 10:14 PM | Show all posts
Percutian keluarga ke luar negara..pastu dbiayai oleh kerajaan negeri..pastu cancel cuti..pastu duit refund masuk acc peribadi.?wow..patut ramai yg bergasak nak jadi yb
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape ke benok nye

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 12:51 AM | Show all posts
bukan ke sepatutnya dipulangkan semula ke akaun pembayar?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 08:27 AM | Show all posts
senang sungguh hidup org politik, nak bercuti bawa satu keluarga boleh guna duit 'rakyat'. tidak hairanlah mereka gila merebut jawatan kerana pikir kenyang perut boleh guna duit sesenang hati. moga senang jugalah mereka ke pintu neraka
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Vacation tak sampai 10 hari cecah rm253k?
Berapa kaum kerabat yg pergi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2024 08:33 AM | Show all posts
rembat duit rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 08:39 AM | Show all posts
ekceli diorangkan memang ada elaun percutian tahunan boleh bawak keluarga kan..yang orang pertikai tu kenapa boleh refund masuk ke akaun peribadi je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2024 08:48 AM | Show all posts
haaaa rm253K tu boleh cover uni fees setahun nokk

jadah nyierrr kome belanja apa kat london tu for 10 days.. even xmas peak time pun.. kome duk kat area mayfair ke cemaner tu?

ke ang book the sterling suite at the langham ka acaner tu?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 09:17 AM | Show all posts
Perlis darul wowww
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
mmg menteri ke org2 besar pentadbir dlm msia ni kalau bercuti negara/negeri tanggung ke?? (soalan serius)

patut la nmpk sokmo ke obesi habis angkut anak branak depa ni sume, ditanggung rupanya. idok la kaya beno kalau gitu ke kedekut??, puihhhh.
baik la rakyat nak holiday kumpul duit sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 09:27 AM | Show all posts
Jahatnya.

Dah lah rakyat Perlis 8 orang je. Kesian 8 orang tu bertungkus lumus kerja lepastu kena bayar cukai bagai, tetiba duit kena sauk dek orang jahat.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 09:40 AM | Show all posts
Wooow... Pejabat sekelas MB di Malaysia ternyata juga puya perilaku korupsi .... Tetapi anehnya kok korupsinya hanya sedikit-sedikit ...

Seharusnya sekelas MB .. korupsilah lebih banyak .. contohilah Najib Razak yang lebih smart dalam berkorupsi ...Korupsi sebanyak-banyaknya  rakyat Malaysia pun   X akan marah .... Hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Jijiks sejijik-jijiknya
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg rakyat ada yg nak sambung belajar nak berubat berkeluh kesah ke sana sini cari duit. Teringin nak bercuti??? Dlm mimpi le walaupun ke lain daerah je. Yg diarg2 ni senang2 je dpt atas nama berkhidmat utk rakyat. Cer rombak blk segala elaun gaji yg ada adakah lepas ini diarg akan bersungguhan utk berkhidmat utk rakyat lg???? Pikiaq pikiaq kannnn lah
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Rm2++k kalau aiol dpt tiap tahun selepuk gini tiap thn aiol hanto 2 org gi mekah suh deme berdoa utk ubah nasib diarg utk lbh masyuk dlm mencari rezeki doa utk aiol sekeluarga doa utk negara.... Patriotik tuh
Baki nganto 2 org tu aiol baru mkn sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2024 10:19 AM | Show all posts
same old , same old
tukar yg atas pun sama gak taktik depa nih
selagila namanya manusia, hati sentiasa ingt nk rembat apa yg dapat
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 11:10 AM | Show all posts
konon2 berkorban la tu, tak pergi holiday tahun tu sebab sibuk kerja, so cancel. Duit masuk poket untuk ganti pengorbanannya yg syahdu tu.... aduih..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 11:16 AM | Show all posts
Just curious...cemana boleh expose? Ada org report atau kantoi time audit? Need more people to report on this...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.101380 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list