View: 49270|Reply: 12
|
[Tempatan]
[Edisi Alhamdulillah] IOI City Mall Akan Memulakan Sesi Solat Jumaat Mulai September 2024!
[Copy link]
|
|
Putrajaya - Pihak pengurusan pusat membeli-belah IOI City Mall Putrajaya hari ini mengumumkan orang ramai kini boleh menunaikan Solat Jumaat di ruang surau baharu bermula 6 September.
Pengumuman itu dibuat menerusi media sosial IOI City Mall Putrajaya hari ini.
"Dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Solat Jumaat akan bermula pada 6 September 2024 bersamaan 2 Rabiul Awal 1446H, dari jam 12.00 tengah hari hingga 3.00 petang di Musalla, East Wing, IOI City Mall untuk memberikan kemudahan yang lebih baik untuk para jemaah lelaki.
"Lokasi: Musalla, East Wing – Lower Ground (di belakang Poh Koh)," umumnya.
Pihak pengurusan turut mencadangkan kepada pengunjung wanita untuk menggunakan ruang solat yang disediakan di West Wing ketika solat jumaat diadakan.
"Untuk jemaah perempuan, anda boleh menggunakan Surau di West Wing, Basement P3 (berhampiran Terminal Bas) atau Level 2 (berhampiran Klinik Dr. Ko) semasa solat jumaat berlangsung," katanya.
Pengumuman tersebut mendapat sambutan baik dari warga maya yang memuji tindakan pihak pengurusan IOI City Mall Putrajaya.
"Patut dah pasang karpet, alhamdulillah. Good move by management. Mana-mana surau atau masjid pasti penuh pada hari Jumaat tetapi menyediakan tempat solat satu tindakan terpuji. Memudahkan staff bekerja terutamanya untuk solat fardhu Jumaat dan juga pengunjung. Hopefully the security will be sufficient and doubled too," kata seorang netizen.
"Alhamdulillah. This will make it much easier to go for Jumaat prayer. No need to look for nearby mosques when we’re in the mall," kata seorang lagi netizen yang bersyukur dengan tindakan tersebut.
"Having a comfortable surau is key to your mall. Please do consider expanding that surau. It gets quite pack on weekends. Either way, this is extremely good news on a beautiful Friday," ujar seorang lagi. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Suchi at 23-8-2024 02:29 PM
Surau kat wing baru tu besar, kalau pi aeon parking depan surau tu je senang nk solat bagai kat dlm siap ada tandas.
Yg lelaki lagi besar berbanding surau pompuan.
Skrg tgh reno tuk wat jemaat plak baguslaa takda la alasan tinggal solat jemaat bagi staff muslim dan acik2 gomen yg mmg memenuhi ioi city mall time jemaat gini.
ioi ni mmg ramai ummah melayu pi kalau waktu maghrib tu semua surau2 yg ada sesak beratur panjang org nak solat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah...benda baik kita sokong... |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah..senang dah org lelaki nk solat jumaat |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah, boleh ajak suami datang sini waktu solat jumaat |
|
|
|
|
|
|
|
Memulakan |
|
|
|
|
|
|
|
Wah..bagus la..kita shopping,laki g smyg jumaat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah. ...terima kasih ya Allah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|