View: 83120|Reply: 4
|
[Jenayah]
Nelayan Vietnam serang anggota APMM
[Copy link]
|
|
PASIR PUTEH: Dua anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) cedera ketika bergelut dengan nelayan asing yang menceroboh perairan negara, dalam kejadian pada jarak 46 batu nautika dari muara Tok Bali, dekat sini.
Pengarah Maritim Malaysia Kelantan, Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman, berkata dalam kejadian Isnin lalu, dua anggota APMM terbabit mengalami kecederaan bahagian tapak tangan kiri dan ibu jari kanan.
"Salah seorang anggota cedera apabila tekong bot cuba menikam dengan pisau ketika anggota mahu mengambil alih kawalan ke atas bot yang ditahan.
"Seorang anggota lagi pula cedera apabila diserang kru bot, namun mereka berjaya mempertahankan diri dan mengambil masa 45 minit untuk menahan bot berkenaan," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Syed Nor Adli berkata, seramai 20 orang kru termasuk tekong warga Vietnam berusia 20 hingga 48 tahun ditahan.
Katanya, semua nelayan itu ditahan ketika rondaan OP Khas Naga Barat, Op Khas Kuda Laut dan Op Damai yang mengesan kehadiran bot yang mencurigakan pada jarak tiga batu nautika.
"Anggota terpaksa menggunakan 'force boarding' bagi memastikan bot berjaya dihentikan dan ambil masa tujuh jam untuk membawa bot dan tahanan ke jeti APMM," katanya.
Syed Nor Adli berkata, semua nelayan terbabit didapati tidak mempunyai pengenalan diri dan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985.
Katanya, mengikut peruntukan seksyen itu, nelayan terbabit boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM6 juta setiap orang dalam hal empunya atau nakhoda, manakala RM600,000 ke atas setiap kru, jika sabit kesalahan.
Beliau berkata , pasukan Maritim Malaysia berjaya merampas sebuah bot, peralatan ikan, hasil lalu seberat 500 kilogram dan 500 liter diesel yang semuanya dianggarkan bernilai RM1.5 juta.
"Bot dan peralatan menangkap ikan juga boleh dilucuthakkan kepada kerajaan Malaysia jika didapati bersalah," katanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Elok benamkan je dorang tu dlm laut.. |
|
|
|
|
|
|
|
Warga asing mmg tak takut dengan anggota keselamatan kita eh? Tak cukup kat darat...kat laut pun diorg buat hal |
|
|
|
|
|
|
|
sebab ada pihak yang melindung (duit ufit), ada ES kupas isu ni kat telegram. ES = Edisi Siasat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Semakin melampau dorg nie ye |
|
|
|
|
|
|
| |
|