CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 65226|Reply: 1

[Jenayah] Kes buli UPNM akan dibenteras

[Copy link]
Post time 24-8-2024 09:58 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 24-8-2024 10:52 PM

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memastikan supaya tidak berlaku lagi kes buli di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Beliau berkata, tujuh tahun lalu negara dikejutkan dengan insiden buli membabitkan mahasiswa di UPNM sehingga menyebabkan kematian dan ia tidak sepatutnya berlaku.

"Datuk Seri Khaled, UPNM di bawah Menteri Pertahanan, pastikan tidak lagi berlaku buli di UPNM," kata Presiden UMNO itu dalam ucapan penangguhan Perhimpunan Agung UMNO 2024 di sini hari ini.

Pada 23 Julai lalu, Mahkamah Rayuan mendapati enam bekas penuntut UPNM bersalah membunuh Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain tujuh tahun lalu dan memerintahkan mereka dihukum gantung sampai mati

Keputusan itu dibuat selepas Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan silang pendakwaan untuk menghidupkan semula tuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ahmad Zahid berkata kes buli itu melibatkan kes buli fizikal di sekolah dan pusat pengajian selain kes buli siber, dan berdasarkan data Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sehingga 10 Julai lepas, secara purata 10 kes buli siber berlaku setiap hari.

BH

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2024 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Masih ada ke lagi..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.558998 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list