View: 72829|Reply: 5
|
[Jenayah]
Ilmu pemukauan katanya
[Copy link]
|
|
Edited by maklukpenggoda at 25-8-2024 08:45 AM
Baru-baru ini tular sekeping gambar selepas seorang wanita mengetuk pintu rumah beberapa orang penduduk bagi meminta wang
Kemunculan wanita berkenaan di kawasan perumahan di Indera Mahkota dan Taman Tas di Kuantan, Pahang telah menimbulkan keresahan penduduk setempat.
Kebimbangan penduduk itu telah dikongsikan oleh seorang individu menerusi laman Facebook Warga Kuantan OFFICIAL.
Ketuk pintu rumah ke rumah dan minta RM100 atau RM150
Menerusi perkongsian di laman Facebook itu, individu berkenaan mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati.
Malah, individu berkenaan memberitahu berkemungkinan wanita terbabit juga cuba untuk memukau mangsanya agar menyerahkan wang yang diminta. Justeru orang ramai dinasihati agar tidak membuka pintu rumah kepadanya.
"Pukau kuat ni, keje nak dapat RM100 pun sakit ni nak bagi RM100, RM150. Kalau bagi memang kena lah tu," tulis individu tersebut.
Menurut sumber, Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berkaitan kejadian tersebut dan mengingatkan orang ramai agar memaklumkan perkara terbabit kepada balai polis berdekatan.
"Pohon untuk memaklumkan kepada balai yang berdekatan atau terus membuat laporan polis jika didatangi oleh individu tersebut atau mana-mana individu yang berkemungkinan akan melakukan jenayah," katanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aiyooo scary
Ni yg tak suka duk rumah taman senang sgt visitor tak diundang dtg |
|
|
|
|
|
|
|
Ayoyo
Iols ada tengok video kat fb
Rakaman cctv
Orang ereb ni cakap2 dgn orang dalam kedai..
Pastu gi cashier...orang kedai tu nak keluarkan duit
Lepas tu ada akak dari luar kedai tegur
Agaknya org kedai tu baru sedar..
Kelam.kabut si ereb tu lepas kantoi |
|
|
|
|
|
|
|
dagusengett replied at 24-8-2024 10:10 PM
Aiyooo scary
Ni yg tak suka duk rumah taman senang sgt visitor tak diundang dtg
tutup la pagar. lain la kat putarjaya xda pagar |
|
|
|
|
|
|
| |
|