CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39928|Reply: 9

[Tempatan] Terlanggar objek di bawah air,KD Pendekar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tenggelam sepenuhnya.Apa yang berlaku?

[Copy link]
Post time 25-8-2024 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM – Kapal Diraja (KD) Pendekar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilaporkan tenggelam sepenuhnya di posisi dua batu nautika Tenggara dari Tanjung Penyusop, Johor pada jam 3.54 petang Ahad.



Markas TLDM dalam satu kenyataan berkata, usaha menyelamatkan kapal berkenaan melalui operasi salvaj masih dilaksanakan.

“Usaha pantas komuniti maritim telah berjaya menyelamatkan kesemua kru KD Pendekar seramai 39 orang sebelum kapal ditenggelami air sepenuhnya.

“Tiada kecederaan dilaporkan. Mereka kini berada dalam keadaan selamat dan ditempatkan di KD Sultan Ismail, Tanjung Pengelih, Johor,” katanya.

Sebelum itu media melaporkan seramai 39 kru KD Pendekar TLDM berhadapan detik mencemaskan apabila kapal itu tenggelam selepas mengalami kebocoran ketika penugasan operasi pada jam 12 tengah hari Sabtu dipercayai berpunca daripada pelanggaran dengan objek di bawah air.

Kenyataan tersebut juga memaklumkan aset TLDM ditempatkan di lokasi kejadian bagi memantau keadaan semasa dan keselamatan persekitaran.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden, dan boleh merujuk kepada sumber rasmi TLDM untuk perkembangan terkini dan maklumat sebenar.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2024 04:16 PM | Show all posts
Seperti cerita titanic
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2024 05:13 PM | Show all posts
objek ape yg dilanggar tu???

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2024 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kapal takde sensor yg boleh detect object dlm air ke? Serius nanya ni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2024 05:31 PM | Show all posts
you jump,i jump

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2024 05:34 PM | Show all posts
Apakah tindakan selanjutnya? Nak kena kawal kawasan tu sebab senjata dan ammunition masih ada dalam kapal tu. Kalau nak ditinggalkan sebagai tukun pun benda tu kena recover dulu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-8-2024 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bpbbppbp at 26-8-2024 06:59 PM

Kat ES katanya bocor kat stern tube. Stern tube dekat2 bahagian propeller. Kalau kpl lama, biasa masalah bearing dan karat kat stern tube tu. Lagipun air laut ni corrosive. Mcm pelik je bnde yg dilanggar tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2024 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangkai kpl terbang kot.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2024 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan CO kena blame sudah la. Kapal tu dah tua sungguh memang tunggu masa je gamaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2024 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan komen...tak boleh vuat spekulasi...kerja rakyat bekerja dgn gigeh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.347673 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list