View: 20949|Reply: 1
|
Palestin dibantai sejak 1948, bukan Oktober tahun lepas – PMX
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Perdana Menteri menegaskan kepentingan membetulkan naratif bahawa isu serangan terhadap Palestin bukan bermula pada 7 Oktober 2023, tetapi telah berlangsung semenjak 1948 dengan pembantaian manusia dan pemusnahan kota yang berterusan sehingga hari ini.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, suara lantang Malaysia yang menuntut keadilanbukan sekadar sandiwara politik, kerana hakikatnya Malaysia konsisten dan koheren mendukung legitimasi perjuangan aspirasi rakyat Palestin tanpa ragu-ragu.
“Pada masa sama, menggunakan kebijaksanaan untuk membangunkan kekuatan dalaman bagi memastikan keberkesanan dalam perjuangan yang panjang ini.
“Selain itu, saya singgung peranan institusi masjid instrumental bukan sahaja dalam mengimarahkan masjid, malah meningkatkan kefahaman dan pencerahan kepada umat bermula pada peringkat peribadi, keluarga, masyarakat dan negara,” jelas beliau dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Tambah Anwar, semua pihak harus membenamkan perbezaan kecil, meluruskan minda dan strategi, sekali gus secara tidak langsung membina kekuatan dan asas negara yang kukuh.
Dalam pada itu, Anwar turut berkata, pengukuhan institusi masjid bukan sahaja menuntut tanggungjawab kepada Allah SWT, malah ada tanggungjawab kemanusiaan yang wajar dituntaskan, di samping meniupkan semangat serta kesedaran baharu dan menanam dalam hati sanubari umat agar tidak gentar dan takut melainkan kepada Allah SWT.
“Insya-Allah, saya akan teruskan ikhtiar membantu meringankan penderitaan yang dihadapi oleh rakyat Palestin atas pertimbangan kemanusiaan dan semoga ianya mendapat sokongan rakyat Malaysia,” jelasnya.
Sumber : – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Penderitaan orang Malaya bila subsidi diesel ditarik dia tak fikir. |
|
|
|
|
|
|
| |
|