View: 38547|Reply: 1
|
[Johor]
41 pemandu mabuk ditahan
[Copy link]
|
|
Seramai 41 pemandu kenderaan yang dikesan memandu dalam keadaan mabuk ditahan polis, dalam operasi khas di seluruh Johor yang dijalankan sejak Jumaat lalu hingga semalam. FOTO IHSAN POLIS
Johor Bahru: Seramai 41 pemandu mabuk berusia 25 hingga 68 ditahan polis pada Op Mabuk pada operasi khas di seluruh negeri ini yang dijalankan sejak Jumaat lalu hingga semalam.
Ketua Polis Johor Komisioner M Kumar berkata, Op Mabuk dijalankan kerana kesedaran masyarakat berkaitan bahaya pengambilan alkohol ketika memandu masih lagi rendah.
"Pada operasi ini, 39 pemandu lelaki dan dua wanita ditahan di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya pada kenyataan, hari ini.
Kumar berkata, pindaan Seksyen 45A(1) APJ 1987 yang dibuat kerajaan dengan tujuan memberi pengajaran dan hukuman yang setimpal kepada pesalah alkohol berkuatkuasa 22 Oktober 2020 membuktikan betapa seriusnya isu berkenaan.
"Selepas beberapa insiden yang tular di media sosial sehingga meragut nyawa yang tidak berdosa kesan daripada memandu dalam pengaruh alkohol, akta ini dipinda kerajaan.
"Bagaimanapun, masih ada pemandu yang tegar mengambil alkohol ketika memandu dan seolah-olah tidak
gerun dengan hukuman yang dikenakan," katanya.
Mengulas lanjut Op Mabuk itu, Kumar berkata, 625 saman turut
dikeluarkan dengan seorang lelaki ditahan kerana menghalang tugas penjawat awam.
"Sebanyak 625 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan 1,824 individu serta 1,585 kenderaan turut diperiksa," katanya.
Disiarkan pada: Ogos 26, 2024
sumber
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|