CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38553|Reply: 1

[Johor] 'MINDEF akan periksa 10 hingga 15 kapal TLDM berusia lebih 40 tahun'

[Copy link]
Post time 26-8-2024 03:23 PM | Show all posts |Read mode


Mohamed Khaled (dua dari kanan) melawat tapak KTP Ternakan Kelulut Sedili anjuran UMT, di PPRT Kampung Sedili Kecil hari ini. NSTP/OMAR AHMAD

KOTA TINGGI: Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan membuat pemeriksaan terhadap satu pertiga atau kira-kira 10 hingga 15 kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berusia lebih 40 tahun bagi memastikan aset itu berada dalam keadaan baik.

Tindakan itu diambil susulan Kapal Diraja (KD) PENDEKAR yang berusia hampir 50 tahun, tenggelam sepenuhnya, semalam, pada posisi dua batu nautika di tenggara Tanjung Penyusop, di sini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata KD PENDEKAR beroperasi sejak 1979, tetapi itu bukan punca sebenar kejadian KD PENDEKAR karam.

Berikutan itu, beliau berkata, pihaknya masih menunggu laporan siasatan berhubung insiden berkenaan.

"Satu siasatan sudah dimulakan untuk kita memahami apakah punca (kapal KD PENDEKAR karam), tetapi kapal ini memang sudah lama beroperasi sejak 1979, jadi sudah dekat 50 tahun.

"Kita tidak nafikan usia kapal terlalu lama, tetapi itu bukan punca kejadian, sebaliknya seperti dikatakan ia terlanggar objek, jadi ini sedang dibuat kajian. Kita bersyukur kejadian itu tidak babitkan korban nyawa.

"Selain itu, kita juga akan buat pemeriksaan terhadap satu pertiga atau kira-kira 10 hingga 15 kapal milik TLDM yang berusia lebih 40 tahun bagi memastikan aset itu berada dalam keadaan baik," katanya pada sidang media selepas melawat tapak Knowledge Transfer Programme (KTP) Ternakan Kelulut Sedili anjuran Universiti Malaysia Terengganu (UMT), di Perumahan PPRT Kampung Sedili Kecil di sini, hari ini.

Semalam, TLDM mengesahkan KD PENDEKAR tenggelam sepenuhnya di posisi dua batu nautika di tenggara Tanjung Penyusop, Johor pada jam 3.54 petang dan semua 39 kru kapal itu berjaya diselamatkan tanpa kecederaan.

TLDM menerusi kenyataan, berkata usaha menyelamatkan kapal melalui operasi salvaj masih dalam proses pelaksanaan.
Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, kerajaan kini gigih memastikan kapal baharu yang sedang dibina dapat disiapkan mengikut jadual, selain proses membeli kapal baharu diteruskan.

"Kita juga sedang membina Kapal Tempur Pesisir (LCS) dan dalam proses pembelian Kapal Misi Pesisir (LMS) dari Turkiye.

"Kapal LCS pertama akan beroperasi pada 2026, kita ada lima kapal LCS, Insya-Allah setiap tahun ada satu kapal LCS. Bagi LMS pula, kita ada pada Oktober, November dan Disember 2027," katanya.

sumber



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2024 03:28 PM | Show all posts
Keputusan yang baik dan bagus

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.560204 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list