CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36275|Reply: 0

[Sabah] Peserta acara pelayaran puji tahap keselamatan pantai timur Sabah

[Copy link]
Post time 26-8-2024 04:33 PM | Show all posts |Read mode


KENANGAN: Joniston (duduk lima kiri) merakamkan kenangan bersama peserta pelayaran dan pihak penganjur pada majlis makan malam itu.

SEMPORNA: Peserta 'Sail Malaysia Passage to the East' yang melibatkan 21 negara memuji tahap keselamatan kawasan pantai timur Sabah selepas menamatkan pelayaran selama dua bulan di perairan negeri ini.

Biarpun beberapa negara mengeluarkan nasihat perjalanan, para peserta pelayaran rasa selamat sepanjang perjalanan mereka hasil usaha gigih daripada pasukan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).

Salah seorang peserta dari Portugal, Manuel Ribeiro, 63, berkata, perjalanan di kawasan perairan Sabah sangat selamat dan kehadiran pihak ESSCOM  meyakinkan mereka agar tidak bimbang dengan aspek keselamatan.

Beliau yang pertama kali belayar di Sabah turut memuji pendekatan proaktif pihak ESSCOM dalam mendapatkan butiran serta mengawasi pergerakan setiap peserta
.
Menurutnya, para peserta turut dimasukkan ke dalam kumpulan  sembang khas yang membolehkan mereka melaporkan sebarang kecemasan apabila belayar bersendirian di perairan Sabah.

Katanya, ia menambahkan lagi rasa selamat sepanjang pelayaran mereka.

Selain itu jelasnya, walaupun pelancong Portugis biasanya melawat Kuala Lumpur, Pulau Pinang, atau Melaka kerana hubungan sejarah, namun Sabah menawarkan pengalaman yang menyegarkan dan lebih membuka mata.

“Saya tidak pernah ke Sabah sebelum ini, tetapi kebanyakan kami pernah mendengarnya sebagai kawasan terpencil dan eksotik di dunia.

“Selepas berada di sini, saya melihat banyak lagi yang boleh ditawarkan oleh Sabah, terutama kepada komuniti pelayaran,” katanya.

Manuel berkongsi mengenai perkara itu kepada Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar yang juga Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah Datuk Joniston Bangkuai pada majlis makan malam perpisahan peserta program pelayaran itu di sini semalam.

Sementara itu Joniston yang juga Penaung Sail Malaysia Borneo turut menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta pelayaran yang menyertai acara itu.

Beliau turut menggalakkan para peserta untuk berkongsi pengalaman mereka kepada rakan dan keluarga masing-masing.

Kataya, acara seumpama itu juga membantu menaikkan nama Sabah dalam kalangan pelayar global.

“Penganjuran berterusan Sail Malaysia adalah petunjuk jelas betapa pentingnya Sabah sebagai destinasi para pelayar dari seluruh dunia.

“Kami turut komited untuk menambah baik kemudahan dan prasarana berkaitan kapal berlabuh pada masa hadapan," katanya.

Pihaknya juga menghargai maklum balas peserta dan akan berusaha untuk meningkatkan pengalaman pelawat dengan sebaiknya.

Antara peserta yang terlibat dengan acara itu termasuklah yang mewakili negara Australia, United Kingdom, Perancis, Amerika Syarikat, Kanada, Portugal, dan Afrika Selatan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.045700 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list