CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36244|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak sedia bantu bangunkan sukan seluruh negara

[Copy link]
Post time 26-8-2024 04:38 PM | Show all posts |Read mode


Anwar bersama Abang Johari dan dif-dif kenamaan lain menyaksikan pertunjukan bunga api sebagai mengakhiri majlis penutupan SUKMA XXI Sarawak 2024 di Kuching, malam Sabtu. - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Kerajaan Sarawak sedia membantu dalam membangunkan sukan di seluruh negara, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, komitmen ini dapat dibuktikan menerusi kejayaan Sarawak menganjurkan Sukma Malaysia (SUKMA) XXI.

“Kerajaan Sarawak telah memberikan perkhidmatan terbaik sepanjang berlangsungnya temasya ini.

“Mudah-mudahan ini akan terus menjadi satu tanda aras dalam kita hendak memupuk tali persaudaraan dalam kalangan atlet dan anak muda Malaysia.


Antara atlet kontinjen Sarawak yang hadir pada majlis penutupan SUKMA XXI Sarawak 2024 di Kuching, malam Sabtu. - Gambar Mohd Faisal Ahmad

“Sudah tentu semuanya tidak sempurna 100 peratus. Kalau ada kekurangan, bagi pihak menteri bertanggungjawab dan rakan-rakan, saya minta maaf tetapi secara keseluruhannya kita telah berikan yang terbaik buat anak Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan SUKMA XXI Sarawak 2024 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Stadium Perpaduan di sini, malam Sabtu.

Sehubungan itu, Abang Johari mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa penganjuran SUKMA XXI yang dipengerusikan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah serta pasukannya yang berjaya mengatur temasya itu.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yang memberi sokongan kepada jawatankuasa penganjur di Sarawak,” ujarnya.


Antara persembahan tarian pada majlis penutupan SUKMA XXI Sarawak 2024 di Kuching, malam Sabtu. - Gambar Chimon Upon

Menurut beliau, SUKMA XXI menjadi platform terbaik untuk mengeratkan perpaduan khususnya kalangan atlet muda.

Sepanjang berlangsungnya SUKMA itu, katanya, anak Malaysia dari Perlis hingga Sabah termasuk atlet dari Brunei telah mempamerkan semangat keakraban dan keharmonian yang tinggi.

"Hakikatnya, perpaduan anak muda sangat menyerlah dan mereka telah bersaing dengan semangat kesukanan tinggi, malah ada antara mereka yang telah memecah rekod SUKMA XXI.

“Saya percaya semangat kesukanan, perpaduan, semangat dedikasi disiplin yang tinggi memberi masa depan yang cerah bukan saja kepada anak muda tetapi seluruh rakyat Malaysia pada masa akan datang,” kata Abang Johari.

Terdahulu, temasya SUKMA XXI Sarawak 2024 melabuhkan tirainya secara rasmi dalam majlis penutupan yang berlangsung penuh meriah di Stadium Perpaduan di sini.

Majlis penutupan itu dimulakan dengan persembahan daripada 230 pelajar sekolah rendah dan persembahan kebudayaan Selangor selaku tuan rumah edisi 2026.

Majlis kemudianya diteruskan dengan perarakan masuk bendera Jalur Gemilang dan perbarisan disusuli kontinjen dari setiap negeri yang terlibat sebelum upacara penurunan kejohanan bendera dan pemadaman api obor dilakukan.

Upacara diteruskan lagi dengan penyerahan bendera SUKMA ke-22 bagi 2026 oleh Abang Johari kepada Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari selaku penganjur temasya seterusnya.

Turut diadakan bagi menghangatkan suasana majlis penutupan itu adalah persembahan daripada artis terkemuka seperti Bob Yusof kumpulan De'Fam serta ratu rock Ella.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.058182 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list