CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40148|Reply: 10

[Jenayah] "Siapa Bg Dia Kuasa?" - Cuba Menghalang Laluan, Mengangkat Tangan Untuk Memberhentikan Kenderaan!

[Copy link]
Post time 26-8-2024 06:18 PM | Show all posts |Read mode


Kadang-kala, kita sebagai pengguna jalan raya terpaksa berdepan dengan situasi di mana laluan dihalang oleh segelintir Marshall ‘sesat’ walaupun tiada sebarang kecemasan atau eskort orang kenamaan negara.

Didakwa dek kerana dibayar upah, Marshall ini sedia menghalang laluan jalan raya demi melancarkan perjalanan individu tertentu. Perbuatan mereka sering menjadi perbincangan hangat di media sosial kerana dianggap menghalang laluan dengan sengaja.

Terbaharu, sebuah akaun X @update1111 telah berkongsi satu video dashcam yang memperlihatkan tindakan berani seorang pemandu yang melanggar arahan marshall tidak bertauliah ketika .

Di dalam video tersebut, pemilik dashacam yang juga pengadu menunjukkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi memakai vest hijau, cuba memberhentikan kenderaan pengadu yang mahu membuat pusingan U dengan menghalang laluan sambil mengangkat tangan.

Namun begitu, arahan si marshall itu langsung tidak diendahkan dan pengadu meneruskan saja perjalannya kerana mendakwa lelaki terbabit tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Malah, dia kelihatan sengaja memperlahankan kenderaan untuk melihat ‘orang-orang’ yang dijaga oleh marshall terbabit yang mana rupanya sekumpulan geng motor mewah Harley Davidson sedang berkonvoi memenuhi ruang laluan jalan di situ.

“Siapa bagi dia kuasa nak block?” tulis caption pada ciapan tersebut.

Tindakan pemandu terbabit langsung menerima tepukan gemurah dan disambut dengan pujian daripada netizen di platform X. Ramai yang bersetuju dengan tindakan pengadu yang berpendirian tetap dengan tidak melayan paksaan untuk memberhentikan kereta oleh marshal tidak bertauliah tersebut.

Dalam masa sama, orang ramai turut melontarkan persoalan mengapa terdapat segelintir geng motor atau kereta mewah yang merasa ‘entitled’ untuk mendapat layanan istimewa sehingga menghalang banyak lorong tanpa sebab munasabah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-8-2024 08:18 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2024 06:19 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2024 06:19 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2024 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Konvoi rmai2 camni mnyusahkan org lain je. Dahlah suka bawa laju2
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2024 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang camni patut diikat pastu letak dia dekat konsert green gay biar dia kena toron ramai2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-8-2024 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp moto ysuku kena sita sbb bunyi ekzos bising tp moto ni dikecualikan?
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Dasar anjing sial je marshal2 tak bertauliah ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2024 09:42 AM | Show all posts
aku pun kena baru-baru ni, tapi dengan kereta petak vellfire nokharom tu

dengar bunyi siren polis, ingat ke betul dah polis, rupanya vellvire selenger tu pakai siren polis, dengan lampu liplap colour oren
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 11:37 PM | Show all posts
korang gesel je Kasi tertonggeng Geng tongong ni.  nanti pandai2 lah dorang kelim Insurans.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Berlagak betul..mcmlah jalan raya bapa korang yg punya ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.047984 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list