|
Edited by YgBenar at 26-8-2024 11:08 PM
Hausboom bukanlah satu nama asing dalam industri minuman tempatan, bahkan sudah menembusi pelbagai pasaran antarabangsa.
Baru-baru ini pemilik jenama itu, Azri Zahier atau lebih dikenali sebagai John Lemon mendapat tahu salah satu produknya, Boom+, minuman sukan mendapat sambutan ‘gila-gila’ di pasaran Kemboja.
Difahamkan ada pasukan bola, futsal dan sukan-sukan lain mula menggunakan logo Boom+ pada pakaian mereka.
Oleh kerana penuh tanda tanya dan untuk mendapatkan kepastian, John telah terbang ke Kemboja bagi melihat sendiri sambutan di negara itu.
Sekarang saya berada di Cambodia, pejabat rakan niaga kami buat pertama kalinya selepas 7-8 bulan berada di pasaran sini.
“Saya berada di sini sebab berasa kagum dengan produk Hausboom (nombor 2) dan Boom+ (nombor 1) berkembang dengan sangat pesat sampai nampak pasukan bola, futsal dan sukan lain tampal logo Boom+ pada jersi mereka.
“Kami tak bayar, memang mereka (pasukan sukan) sendiri yang mahu letak. Rupa-rupanya Boom+ sudah jadi minuman sukan yang paling power sekali di bandar Cambodia dalam kalangan anak-anak muda,” terang John.
Difahamkan minuman sukan dalam bentuk tin itu boleh didapatkan dengan mudah di seluruh stesen minyak, supermarket, hypermarket, kedai serbaneka, 7-Eleven negara tersebut.
Ternyata apabila dia melawat beberapa kedai-kedai berkenaan, minuman sukan itu mendapat sambutan apabila rak hampir kosong berbanding jenama-jenama lain
Menurut John lagi, selain boleh dibeli menggunakan matawang Kemboja (KHR), kedai-kedai tersebut turut sudah siap-siap memaparkan harga dalam matawang USD — oleh sebab itu harga produk tersebut jauh lebih mahal berbanding jika dibeli di Malaysia.
Dalam pada itu, John turut menunjukkan air Hausboom perisa asam jawa yang menjadi rebutan orang Malaysia. Menurutnya, kesemua air berperisa asam jawa telah dieksport untuk pasaran Kemboja.
“Bersyukurlah jadi rakyat Malaysia. Di sini (Kemboja) harganya mahal-mahal sebab USD. Jika nak rasa air Hausboom perisa asam jawa, boleh datang Kemboja,” jelas John.
Untuk makluman, selain membina empayar dalam industri minuman, Hausboom juga aktif menyokong industri sukan (Boom+ Putrajaya Run) dan hiburan (Hausboom Music Festival).
Sumber
TikTok @johnlemmonnn
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|