TING
SIBU: Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Clarence Ting mengarahkan semua ahli majlis untuk merujuk almanak sebagai langkah pencegahan susulan kejadian banjir yang melanda beberapa kawasan di sini, baru-baru ini.
Arahan ini bertujuan memastikan persediaan yang lebih baik bagi menghadapi situasi serupa pada masa depan.
Banjir yang berlaku secara serentak dengan fenomena pasang besar telah menyebabkan kawasan sekitar terjejas teruk.
Dalam usaha mengurangkan impak kejadian tersebut, Ting menegaskan bahawa penggunaan almanak dapat membantu ahli majlis memahami corak dan ramalan cuaca dengan lebih tepat.
“Keputusan untuk merujuk almanak adalah langkah penting dalam strategi kita untuk menangani situasi cuaca ekstrem.
“Dengan maklumat yang lebih tepat, kita dapat mengurangkan impak kejadian banjir dan memastikan keselamatan penduduk,” katanya.
Terdahulu beliau mempengerusikan mesyuarat penuh MPS di sini, hari ini.
Ting berharap dengan langkah pencegahan ini, MPS dapat meminimumkan kesan buruk daripada fenomena cuaca ekstrem dan meningkatkan kesiapsiagaan komuniti untuk menghadapi bencana pada masa depan.
|