CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32492|Reply: 0

[Sarawak] Rampasan 105.02kg dadah mampu selamatkan 525,100 penagih

[Copy link]
Post time 27-8-2024 05:09 PM | Show all posts |Read mode
Dalam tempoh Jan-Jul 2024, JSJ Sarawak rekod 202.59kg dadah, substans berbentuk mampat, 8,486 pil bernilai RM14.3 juta



Fatimah (tiga kanan) pada sidang media di pejabatnya hari ini.

KUCHING: Kejayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas 105.02 kilogram (kg) dadah jenis syabu di Miri pada 24 Ogos lalu mampu menyelamatkan 525,100 orang penagih, kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah.

"Tahniah dan syabas kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak atas kejayaan memberkas empat suspek dan merampas 105.02kg dadah syabu yang dianggarkan bernilai RM3.3 juta pada 24 Ogos 2024 di dua lokasi berasingan di Bandar Baru Permyjaya, Miri.

"Kejayaan rampasan ini dilihat mampu menyelamatkan 525,100 orang penagih daripada terus terjebak dengan penyalahgunaan dadah.

“Beginilah cara kita melihat kejayaan rampasan ini, kalau dadah berjaya dirampas, penagih akan terputus bekalan dadah," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.

Fatimah berkata dalam tempoh Januari hingga Julai 2024, JSJ Sarawak telah merekodkan sebanyak 202,599.42 gram (202.59kg) dadah dan substans berbentuk mampat dan 8,486 berbentuk pil telah berjaya dirampas dengan anggaran nilai RM14.3 juta.

Beliau menambah bagi tempoh sama tahun lalu, JSJN Sarawak juga telah merekodkan 226 kes melibatkan 338 tangkapan bagi kesalahan membekal dan mengedar dadah serta substans di seluruh Sarawak.

"PRDM adalah salah satu agensi di bawah Jawatankuasa Sehenti Menangani Isu Dadah dan Substans Sarawak, kita amat berharap semua pihak terus berganding bahu dan bekerjasama membanteras penyalahgunaan dadah sebagai musuh nombor satu negara.

"Kita bekerja sebagai satu pasukan yang mantap bagi memastikan isu dadah dan substans ini ditangani secara holistik dan bersepadu,” katanya.

Pada Isnin, Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Miri, berkata polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah terbesar di Sarawak tahun ini dengan merampas 105.02kg dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM3.3 juta.

Mancha berkata rampasan kes itu juga merupakan yang terbesar direkodkan di Sarawak tahun ini dan kedua terbesar di Miri sejak 10 tahun lalu dengan kes pertama pada 2014 di Lapangan Terbang Miri.

"Modus operandi sindiket ini adalah dengan membawa masuk dadah tersebut ke sini dari Semenanjung Malaysia melalui jalan laut.

"Suspek menggunakan rumah kediaman sebagai tempat penyimpanan dadah dan akan menyerahkannya kepada pembeli berdadarkan arahan ketuanya.
“Suspek akan menerima upah antara RM3,500 hingga RM12,000," ujar Mancha.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:59 AM GMT+8 , Processed in 0.048259 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list