CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2529|Reply: 0

[Sabah] Hotel Cititel Express Kota Kinabalu, tampil transformasi lebih moden, menarik

[Copy link]
Post time 29-8-2024 01:19 PM | Show all posts |Read mode


LUAS: Ruang bilik jenis 'Family Suite' yang diubah suai lebih luas kepada pelanggan.

KOTA KINABALU: Hotel Cititel Express Kota Kinabalu kini tampil dengan pembaharuan yang lebih moden dan menarik selepas pengubahsuaian semula secara menyeluruh selama 10 bulan.

Transformasi yang dihasilkan  itu melibatkan suasana hotel dan reka bentuk bilik yang lebih luas sekitar 23 hingga 40 meter persegi.

Pengurus Hotel Cititel Express Kota Kinabalu Sherry Yee berkata, perkhidmatan untuk para pelanggan juga dipertingkatkan sekali gus memberi keselesaan dan ketenangan sepanjang menginap di hotel ini.

Menurutnya, selama 15 tahun, Hotel Cititel Express Kota Kinabalu menjadi lokasi penginapan pilihan untuk para pengembara.


MODEN: Bilik seminar antara kemudahan yang disediakan pihak hotel.

"Dengan pengubahsuaian baharu ini, pelanggan boleh menikmati pemandangan bandar dan laut serta matahari terbenam yang indah dari bilik di tingkat yang lebih tinggi.

"Bilik Family Suite yang direka bentuk baharu menyediakan ruang yang selesa untuk rakan dan keluarga berkongsi serta menikmati masa percutian mereka bersama.

"Kami sangat teruja untuk melancarkan semula konsep baharu yang lebih moden, menarik dengan kemudahan yang dipertingkatkan," katanya pada majlis pelancaran semula Hotel Cititel Express Kota Kinabalu di sini pada Rabu.


LOUNGE: Para pelanggan boleh menikmati pemandangan laut di ruang lounge.

Beliau berkata, transformasi baharu hotel berkenaan menggabungkan konsep amalan mesra alam, termasuk kertas kraf kitar semula untuk bekalan dan pembungkusan peralatan mandian.

Selain itu jelasnya, setiap tingkat hotel turut disediakan mesin penapis air minum untuk memudahkan para penginap serta menaik taraf sistem pencahayaan LED dan penyaman udara yang cekap tenaga.

Menurutnya, sebanyak 180 bilik dari tingkat enam hingga 11 ditawarkan kepada para pelanggan melibatkan bilik jenis 'Family Suite' dan 'Superior Twin', 'Superior Double' dan 'Superior Triple'.



SELESA: Bilik 'Superior Triple' kini lebih selesa untuk penginapan pelanggan.

"Istimewanya di setiap bilik mempunyai televisyen pintar yang menyediakan aplikasi jadual kapal terbang bagi Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (LTAKL).

"Selain itu, aspek keselamatan turut dipertingkatkan termasuk kawalan akses lif dan akses pintu masuk utama selepas waktu kerja melalui kad kunci bilik.

"Sebagai sebahagian daripada inisiatif Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), yang termasuk dalam Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) hotel ini, kami menawarkan penggunaan dewan majlis secara percuma kepada pertubuhan amal bukan kerajaan pada hari Ahad terakhir setiap bulan, tertakluk pada ketersediaan hotel," jelasnya.

Sherry berkata, sempena dengan pembukaan semula itu, Hotel Cititel Express Kota Kinabalu menawarkan kadar diskaun eksklusif untuk tempahan terus yang dibuat dari 28 Ogos 2024 hingga 15 September 2024.

mereka yang berminat boleh mendapatkan butiran lanjut menerusi saluran media sosial hotel iaitu Facebook  https://www.facebook.com/CititelExpressKK, Instagram https://www.instagram.com/cititelexpresskk/ atau sila hubungi [email protected].


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.339755 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list