CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4366|Reply: 0

[Sarawak] Lagu 'Bekikis Bulu Betis' simbol perpaduan rakyat

[Copy link]
Post time 29-8-2024 01:50 PM | Show all posts |Read mode


Rosey menyambut ketibaan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2024 yang singgah ke Miri hari ini.

MIRI: Lagu 'Bekikis Bulu Betis' menjadi simbol perpaduan rakyat, menyatukan serta mengeratkan hubungan rakyat Sarawak termasuk atlet Sukan Malaysia (SUKMA) XXI dari negeri lain.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Rosey Yunus berkata, atlet Sarawak bersama atlet negeri lain bersama-sama bersorak dan menari poco-poco bersama.

"Semangat kebersamaan inilah sebenarnya yang ingin kita semai dalam jiwa setiap anak-anak kita.

"Ini merupakan ramuan yang akan menjadikan negara kita stabil, aman dan damai, malah kita mahu nilai dan sikap kenegerian yang melampau-lampau, apatah lagi sikap perkauman yang ekstrem tidak lagi menjadi ikutan generasi baharu pada masa kini," katanya.

ADUN Bekenu itu berkata demikian pada Majlis Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2024 diterajui Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak yang singgah di sini, hari ini.

Rosey selaku Timbalan Ketua Kontinjen Skuad Layar Sarawak SUKMA menjelaskan, lagu itu telah menyuntik semangat perpaduan dalam kalangan atlet meskipun masing-masing bersaing merebut pingat.

"Malah mereka bukan sahaja menyokong bersama, sebaliknya kita lihat mereka turut sama menyanyi, menari dan makan bersama baik sesama rakan pesaing mahupun penonton dan penyokong," katanya.

Mengulas mengenai Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2024, ia diisi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan artis-artis PENTARAMA, aktiviti Kelab Malaysiaku, Jiwa Komuniti MADANI, aktiviti kenegaraan dan pengedaran Jalur Gemilang.

Semua ini tegasnya, bertujuan untuk memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan cara yang paling bersemangat.

"Bukan sekadar untuk memeriahkan acara sahaja namun pada waktu inilah kita di peringkat mikro, mungkin di peringkat kampung-kampung boleh mengadakan aktiviti sendiri," jelasnya.

Malah penganjuran Program Kempen Kibar Jalur Gemilang, pengisahan sejarah, mahupun aktiviti keagamaan seperti membaca yasin kepada para pejuang atau pemimpin kampung yang telah pergi mahupun mengadakan tayangan filem patriotik atau sukaneka dan hari keluarga.

"Apa yang penting, kita penuhi hari penting itu dengan acara yang cukup bermakna kerana ia bukan sahaja dapat melonjakkan semangat patriotisme, malah mengakrabkan persahabatan dan persaudaraan sesama kita.

"Marilah kita mengibarkan Jalur Gemilang sejajar dengan Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang dan menyokong penuh program-program yang dilaksanakan serta tunjukkan semangat perpaduan serta cintakan negara," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.392512 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list