CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45226|Reply: 9

[Jenayah] Membuat Ritual Dekat Tanah Jerlus, Kena Panggil Dengan Mufti!

[Copy link]
Post time 29-8-2024 07:42 PM | Show all posts |Read mode


Gara-gara buat ritual di tanah jerlus lokasi seorang wanita hilang di Jalan Masjid India, ‘Raja Bomoh’ atau nama sebenarnya, Ibrahim Mat Zin akan dipanggil Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Menurut laporan FMT, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar memberitahu tindakan itu diambil terhadap Ibrahim kerana menimbulkan kegelisahan awam dan salah faham terhadap agama Islam dalam kalangan masyarakat.

“Saya telah minta Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk memanggil penama (Ibrahim) dalam masa terdekat,” katanya.

Difahamkan, Ibrahim masih dalam pemantauan  Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengikut Seksyen 129 Akta Tatacara Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997 disebabkan amalan ritual sebelum ini.

Berikutan amalan ritual yang dilakukan pada tahun 2017, dia telah didakwa di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan mengaku salah atas perbuatannya itu.
“Penama telah membuat pengakuan bersalah dan bertaubat atas perbuatan yang dilakukan tersebut,” katanya.

Semalam, Ibrahim berjaya mencuri perhatian ramai apabila hadir ke lokasi kejadian tanah jerlus di Masjid India mahu membantu mencari mangsa yang masih belum ditemui.

Dalam video yang dikongsikan pihak media, Ibrahim dilihat merenjis air ‘istimewa’ di sekitar lokasi berhampiran mangsa dari Kuppam, Andhra, India dilaporkan terjatuh ke lubang sedalam lapan meter.

Terdahulu, Ibrahim membawa dua biji kelapa dan teropong buluh ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk mengesan kedudukan pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014.

Malah, dia juga bertindak melakukan ritual ‘memagar negara’ di Institut Perubatan Forensik Negara di Hospital Kuala Lumpur bagi mengelakkan negara diserang Korea Utara ketika isu pembunuhan Kim Jong Nam pada Feb 2017.

Padah menghina agama, Ibrahim ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan didakwa mengikut Seksyen 7(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997.

Susulan itu, dia dikehendaki menghadiri kelas akidah serta fardu ain dan berkelakuan baik selama 6 bulan,  kemudiannya membuat pengakuan taubat secara terbuka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-8-2024 08:23 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 08:17 PM | Show all posts
habis tu ustaz ustaz tak nak datang berdoa ditemukan,,bomoh lah datang
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
India ni diorang ada sami la kan, tok sami diorang ada datang ke tak
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
smlm dorg dk tu jgk kn..apa nama bnda tu ek..i tgk kt tt mcm dorg panggil la...geng2 india tahu la kot..i nk sebut pun xtau word apa sesuai..berzikir..ke upacara memanggil
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
stania83 replied at 29-8-2024 08:17 PM
habis tu ustaz ustaz tak nak datang berdoa ditemukan,,bomoh lah datang

Kena datang berdoa di lokasi ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2024 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Tora dtg lagi
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 09:26 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2024 09:42 PM | Show all posts

aku sebenarya nak bagi peluang dia tunjukkan sesuatu  supaya terjawab banyak persoalan

.. tp bila tengok ritual mendayung atas daratan.. sebab aku tak boleh relate apa-apa, aku nak gelak jerlah hahaha


Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 09:42 PM | Show all posts
pada aku dia ni lebih pada sakit mental
pengikut2 dia sma dayung tu pun 3x sakit mental dari dia

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.109030 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list