CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 50472|Reply: 12

Pasangan dijel 28 hari curi milo untuk dialisis ibu tidak benar – MAIM

[Copy link]
Post time 30-8-2024 03:45 PM | Show all posts |Read mode





MELAKA – Pasangan yang dijatuhkan hukuman penjara 28 hari dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam kerana mencuri 19 peket milo 2 kilogram (kg) yang didakwa mereka demi menanggung kos rawatan dialisis ibu adalah tidak benar.


Perkara itu didedahkan dan dijelaskan oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang membuat semakan dan mendapati status pesalah wanita adalah isteri orang, manakala pesalah lelaki adalah kekasihnya.


Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, perkara itu telah disahkan oleh Skuad Agihan Zakat cawangan Merlimau bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) ke rumah pesalah lelaki semalam.


“Skuad kita telah ke rumah pesalah lelaki di Kampung Berangan Enam dan mendapati ibunya hanya menghidap kencing manis dan pesalah wanita bukanlah ahli keluarga tersebut.


“Pesalah wanita masih berstatus isteri orang, manakala suami sahnya merupakan penerima aktif bantuan MAIM bagi Bantuan Makanan Kecemasan (one-off), Bantuan Makanan Bulanan, Bantuan Saraan Anak Sekolah dan juga Bantuan Pakaian Sekolah berjumlah RM940 sejak 2018 hingga sekarang,” jelasnya.


Tambahnya, hasil soal siasat suami pesalah wanita memberitahu, isterinya itu telah melarikan diri dari rumah untuk bersama kekasihnya iaitu pesalah lelaki.


Rahmad berkata sehingga Julai ini, penerima Bantuan Makanan Bulanan MAIM adalah seramai 7869 orang iaitu asnaf fakir seramai 140 orang dan asnaf miskin seramai 7,729 orang.


“MAIM memperuntukan RM1.6 juta sebulan, manakala dari 1Januari hingga Julai 2024, MAIM telah membelanjakan RM13 juta untuk bantuan ini sahaja.


“Buat masa ini, seramai 240 asnaf yang menerima bantuan dialisis MAIM dan sehingga Julai 2024, MAIM telah membelanjakan wang zakat berjumlah RM480,000 untuk membiayai bantuan rawatan dialisis,” katanya.


Semalam Kosmo! melaporkan sepasang suami isteri dipenjara 28 hari dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret selepas didapati bersalah mencuri 19 peket milo 2 kilogram (kg) di sebuah pasar raya di Ayer Keroh, Julai lalu.


Majistret Khairunnisak Hassni menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mohamad Nor Azam Bakar, 34 dan Noor Azura Rosslan, 38, yang membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.


Peguam Nigel Tai yang mewakili tertuduh merayu agar hukuman ringan diberikan dengan alasan tindakan anak guamnya itu demi mencari wang untuk menampung kos rawatan dialisis ibu kepada Mohamad Nor Azam.


Laporan media berhubung kes tersebut bagaimanapun mendapat perhatian warganet yang mempersoalkan peranan MAIM dalam membantu golongan memerlukan, malah ada pihak yang sanggup membayar denda bagi pasangan terbabit kerana rasa simpati.


Sumber – KOSMO
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2024 04:31 PM | Show all posts
haruuu

tatus pesalah wanita adalah isteri orang, manakala pesalah lelaki adalah kekasihnya
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Hello! Hello! Calling for Ali Pukeh!





#tau T....tapi saja ganti dengan K
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
imransulaiman: Hello! Hello! Calling for Ali  ...

Why?why? Makcik bawang mode detected [em:3:]
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Nigel Nigel kenapa berbohong? Patut loyer kena charge something jugak menipu menghina mahkamah cubaan play sympathy card
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti ramai dah cerca zakat baitulmal penghulu adun bagai kan kan kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-8-2024 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Miss_LoveLeen at 31-8-2024 03:53 PM
imransulaiman: Hello! Hello! Calling for Ali  ...


Ali ni selalu berada dlm keadaan yg mengundang nestapa kan. Ni niat nak tolong sekali ada plot twist pulak. Ali.. meolss rasa chuolss kena start mandi bunge laa
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
imransulaiman replied at 30-8-2024 04:57 PM
Hello! Hello! Calling for Ali Pukeh!



Kahkahkah
Aku pun terus teringat dia td bila baca news plot twist ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2024 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
elnor_81 replied at 31-8-2024 01:37 PM
Why?why? Makcik bawang mode detected [em:3:]

Dia nak tolong bayarkan denda pasangan tu ekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Choi sgt! Saman lambat2 dibayo..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2024 05:38 AM | Show all posts
sedangkan Jibun...dipuja2..diratib2
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2024 09:18 AM | Show all posts
ape yag benar?
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2024 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
sian kena fitnah kalau betul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.058259 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list